dari Harakah

Murnikan Perjuangan Maknakan Kemenangan


Saja-saja x ada kerja

Golongan pemuda merupakan pengganti kepada kepimpinan masa depan perlu mempunyai pandangan yang jauh merentasi masa semasanya dengan melihat sejarah dan juga realiti yang ada. Ini dikatakan pemimpin yang berjuang kearah kehadapan dan bukan akan menjadi gam atau lebih teruk menjadi duri kepada lain-lain perjuangan yang dibuat oleh orang lain yang lebih kehadapan darinya.
Aku rasa isu-isu sensitif yang memerlukan kebijaksanaan untuk ditangani dalam negara berbilang agama dan bangsa; adalah menjadi agenda utama agar negara ini terus berkembang secara aman. Kebijaksanaan tersebut lebih bermakna jika ia tidak mengandungi kepentingan-kepentingan untuk mendapat keuntungan politik.

Kekeliruan akan timbul dimana-mana dan akan mengakibatkan perpecahan. Ini semestinya berlaku jika ada ada pihak yang merasakan perjuangannya lebih betul dari pehak yang lain, tetapi pada hakikatnya hanya timing masa tidak selari kerana tidak peka untuk memiliki sikap keterbukaan dan melaksanakan apa juga secara komprehensif >>>

Surat seorang bapa pelajar di Mesir


Melihat awekku tidor.

Sememangnya akan lebih sensitif kepada mereka yang lebih dekat dan kena mengena dengan diri kita. Dalam apahal pun sunatullah yang ada ini akan membimbing dalam berbagai pilihan untuk dilaksanakan agar kita menjadi cerdik dan bertimbang rasa secara yang adil. Kejadian rusuhan besar-besaran yang mengundang kerisauan ibu bapa yang menghantar anak mereka di Mesir; merupakan satu petanda betapa dekatnya ibubapa kepada anaknya. Seluruh keluarga, jiran, kampung,...negeri negara... sebangsa dan seagama merasakan kegetiran mereka yang terperangkap di sana. Namun berpesan-pesan dengan kesabaran adalah lebih mulia untuk mendoakan agar mereka sentiasa di dalam selamat.

Disini ingin juga merakamkan terima kasih kepada mereka-mereka yang menjalankan tugasan walau sentiasa didalam suasana kegetiran tidak kira masa dan keadaan.

uıdɯıɯǝd ƃuɐɹoǝs ɐʞnqɹǝʇ ʇɐɹns

memanjat dinding menangkap cicak


يَوْمَ تَشْهَدُ عَلَيْهِمْ أَلْسِنَتُهُمْ وَأَيْدِيهِمْ وَأَرْجُلُهُم بِمَا كَانُوا يَعْمَلُونَ

Yang bermaksud : Pada hari (ketika), lidah, tangan dan kaki mereka menjadi saksi atas mereka terhadap apa yang dahulu mereka kerjakan. – Surah al-Nur, ayat 24

Satu ayat yang memberi motivasi untuk bertanggung jawab dengan apa difikir/lakukan agar sentiasa berlindung dari kesilapan keatas diri/orang lain dan Allah.

Rasa pedih juga apabila seruan yang jelas dipatahkan cuma dengan satu prasangka melalui berbagai alasan yang diujudkan semata-mata melihat kepada diri sendiri yang dipaksakan kepada yang lain atas nama keuntungan politik. Rasanya kaedah begitu tidak sesuai untuk diwawarkan.
Di Malaysia melalui sejarahnya yang telah lama meletakkan Islam sebagai agamanya, tidak menjadi kesilapan sekiranya Bangsa Melayu  ditafsirkan sebagai oang yang berugama Islam dan ia diperjuangkan melalui sistem demokrasi. Meletakkan UMNO mengambil fahaman ashobiyyah dan membuang Islam  untuk di ambil oleh PAS amatlah mengelirukan. Mengambil Utbah bin Rabiah yang kafir dan mati disaat pertamanya Islam dibenarkan berperang itu sebagai seorang Nasionalist tidak tepat disamakan dengan pejuang UMNO.Pejuang UMNO menghadapi masalah pepecahan dikalangan sesama Islam.PAS hanyalah memperkembangkan persepsi merekalah yang berjuang demi Islam dan menenggelamkan kemampuan UMNO selama ini. Memutuskan menari sama dengan LKY adalah kelakuan semborono melainkan diam.Menari dengan UMNO adalah perjuangan melainkan diam. Diam itu lebih baik bagi yang mengetahui kebaikkannya.
Aku rasa orang yang biasa mentadbir, kuasanya bukan pada peraturan yang manusia cipta itu, tetapi pada akalnya yang dianugerahkan bagi menjadi salah seorang khalipah yang dimuliakan.

erti sebuah kekeliruan

ole-ole bandung

Kekeliruan biasa berlaku kepada sesiapa sahaja apabila cuba memikirkan sesuatu dan kepada anak dimanjai. Ibu bapa ada ketikanya ikut terkeliru dengan sikap mereka untuk mengelakkan diri mereka di perkatakan sebagai orang yang tak bertanggung jawab serta tidak mengikut zaman alias bodoh. Itulah yang harus difahami. Malaysia amat jelas kepada sesiapa pun yang inginkan satu tempat berkehidupan. Perananan penduduknya cuba sedaya upaya meletakkan diri mereka untuk tidak ketinggalan memastikan agar apa yang mereka kecapi dapat dikecapi oleh generasinya dan menambah baik keadaan itu. Setiap orang yang beragama tentunya melihat ciri-ciri ini mengikut agama masing-masing, begitu jua dengan bangsa masing-masing.  Keperluaan tersebut amat perlu diperjuangkan menjadi ia kearah penyatuan umat kepada yang benar. Kita memerlukan pejuang-pejuang di sepanjang zaman untuk memandu kita disini siapakah kita? Meyalahkan kerajaan amat mudah. Menyalahkan kepimpinanya juga lagi lah mudah. Mengenali diri sendiri dan sanggup memperjuangkan kelahiran kita itu semestinya membuahkan hasil kemenangan biarpun siapa. Di Malaysia terlalu banyak orang yang keliru lantaran inginkan mencari jalan mudah ke syurga. Jarang yang cuba mengelakkan jalan ke Neraka. Walahualam, keduanya milik Allah.

Mencari cerita

makan nasi mentua lalu pula

Aku tak sempat untuk melaungkan "merdeka 3x" di stadium merdeka sebab tak dilahirkan lagi. Aku mendapat akses kedunia kampungan dan tahun pertengahan90 kedunia maya yang global dan semakin bergelora. Berbangga juga kalau aku nak cakap aku anak Malaysia walau sebagian darah daging aku dari titik peluh sendiri. Kekesalan yang tertanam dijiwa kalbu kerana aku mengkhianati pemberian Malaysia yang disogok oleh pejuang-pejuang Malaysia untuk Malaysia. Bukankah itu Nafkah kepadaku dari kecil hinngga kini.
Aku teringat semasa kecil suasana orang-orang politik yang masih muda bertenaga seperti  mahu berperang antara hidup dan mati. Pertentangan ada dimana manapun.Aku rasa ia berulang dan berulang dari generasi kesatu generasi. Dan sekarang ada yang menjadi sejarah apabila telah lemah dan pergi mendahulukan kita. Mulalah kenangan-kenangan tersebut bermakna dan menjadi panduan hidup. Siapakah yang mengajar makna pada kenangan-kenangan tersebut? Anda! Orang seperti Anda!



No comments:

Post a Comment

www.myatiq.blogspot.com