27.7.15
13.9.14
KUCING F.CATUS
Kucing Kesayangan Rasulullah SAW-MUEEZZA ......Salah satu sifat Mueeza yang paling Rasulullah ﷺ suka ialah Mueeza selalu mengiaw sewaktu mendengar azan, seolah-olah bunyi suaranya seperti mengikuti alunan suara azan tersebut.....
Kesihatan Tuan Kucing Peliharaan - ...kurangkan resiko stroke-tekanan darah tinggi-tingkat keimunan...menambah mood terbaik bla bla..TQ
43 Fakta Unik Kucing ...Kelenturan tubuh kucing sangat menakjubkan, kaki depannya dapat diputar ke segala arah dan setengah bahagian tubuhnya dapat bergerak ke arah yang berlawanan...
kucing gila- jika sianjing mulutnya berbuih2 ;mengejar dan menggigit mangsa tapi awas..kucing sekadar bertabiat dalam keresahan dan berminat menggigit hidung anda.Kenyataan ini bukan 'joke' tetapi anggap ia sebagai amaran untuk anda lebih berhati2 dengan 'pet' purba ini !
x kucing yang sakit!14.8.12
28.8.11
27.4.11
Makhluk UFO berada di dunia kita?
SIBERIA - Pelajar bernama Hilall(18) dan Kirill Vlasov(19) mengaku membuat objek dari roti basi dan kulit kucing , divideokan ke you tube. Ia menjadi satu dunia heboh dengan menyatakan penjumpaan mereka dengan satu mayat UFO yang terhempas.Video ini menarik perhatian sehingga mendapat 1.5M hits sejak di upload ke youtube pada 17 april tadi. Ia bersesuaian masa setelah penduduk tempatan melapurkan melihat kelibat cahaya pink dan biru dari sebuah UFO yang jatuh di wilayah tersebut.Bagaimana pun seorang, ahli UFO tempatan, Alex Komanov dari Russian UFO Research Centre memberi komen 'hairan bila makhluk yang berperadapan itu tidak memakai pakaian semasa divideokan.'
Beberapa kepercayaan manusia kepada keujudan penemuan mayat makhluk dari UFO banyak diperkatakan. Kepercayaan ini lahir dari keyakinan mereka bahawa pihak berwajib dikatakan amat merahsiakan hal ini...'to trick into believing or accepting as genuine something false and often preposterous..’ Ini satu difinasi kalau mahu dikatakan. Ia satu ‘hoax’dimana unsur penipuan itu turut juga mempunyai(selari) fakta yang boleh dipercayai.
Keujudan struktur seperti mayat UFO ini memang telah ada banyak dipertontonkan untuk dikemukan kepada ramai. Terutamanya di blog/website yang membahaskan misterinya. Dan walaupun diketahui ia adalah tidak benar namun hal ini terus dibahaskan sebagai suatu yang benar. Foto dan model yang di olah lanjutan beberapa kejadian sejak di Roswell 1947 tidak terlepas dari disangkakan asli dari tinggalan UFO itu. Patong lilin di Jepun juga ada yang dijadikan bahan blog/website untuk bahan yang harus dipercayai. Begitu juga dengan model-model dari bahan perfileman tidak ketinggalan di percayai oleh mereka yang gemarkan fenomena misteri ini.
Benarkah keujudan Makhluk UFO ini.
Kita selain diri kita di kelilingi juga kehidupan yang berasal dari benda lain seperti golongan jin, syaitan, iblis dan juga para malaikat. Perbezaan kejadiaan menyebabkan kita seperti bersendirian di dunia dalam meneroka alam nyata ini disudut fitrah alam. Pengetahuan dan teknologinya hanya terbatas kepada soal jirim dan jisim yang didalam ruang lingkup putaran dalam memenuhi segala persoalan.
Walau bagaimanapun ilmu Allah itu amat luas dan tiada batasanya. Begitupun dengan segala kejadiaan yang ada terserah kepada Allah untuk sampai kepada penerimaan manusia. Begitulah mengenai benar kah ujudnya UFO dan makhluk lain disana? Ada beberapa penafsiran AlQuran menerangkan kemungkinanya. Terdapat juga beranggapan kejadian itu melibatkan kelebihan jin. Apa yang diketahui sememangnya manusia masih berandai-andai mengenai keujudan perkara ini. Maka itu biarkan sahaja ia suatu bidang ilmu untuk menentukan kebenaranya.
7.4.11
Peminat Telor Ayam
Sumber yang baik untuk protin, vitamin dan garam mineral dalam menu kita. Kualiti protinnya lebih baik dari daging dan ikan.Bagi setiap sebiji lebih kurang 75 kalori tenaganya.Kandungan choline yang tinggi amat baik bagi perkembangan otak kandungan perempuan yang sedang mengandung.
Bagaimana pun perlu perhatikan, kolestrol dibahagian kuningnya dianggarkan melebihi 200 miligram adalah kurang baik untuk mereka yang berpenyakit jantung. Bagi kita hanya memerlukan 300 miligram.
Pada masa ini terdapat berbagai telor ayam tiruan dimana ia diperbuat dari bahan asas dari larutan sodium alginate dan air. Bentuknya menyerupai putih telor dan sukar untuk di kenal secara mata kita. Bahan yang sama ini diwarnakan dikentalkan didalam larutan kalsiam klorida sebagai kuning telornya. Kedua nya akan di bungkus dengan lapisan lilin dan sarung yang di perbuat dari kalsiam karbonat.Kandungan tambahan seperti kanji, resin, gelatin dan sebagainya turut di gunakan.Telor tiruan yang berasal di China di buat kerana harga bagi telor asli semakin meningkat. Dikatakan untuk membuat telor tiruan ini ia lebih sepuluh kali ganda murah dari harga telur asli dipasaran. Jadi tidak hairan ia semakin meluas hingga kepasaran kita sebagai penipuan.Kalau tak,anggap ia sebahagian rasepi barang masakkan jika tak memudaratkan kesihatan.Anda boleh mengalamikerosakan otak,sel saraf dan hati oleh bahan awetnya(asid benzoik).Alum(tawas)dan penambahan asid amino boeh memeri kesan keatas saraf, hati danmasalah salur darah. Berlaku sekiranya pengambilan telor jenis ini berlarutan. He he nak ke?
- RM 100k/Tiga Tahun penjara boleh dikenakan kepada peniaga telor palsu melalui akta Perihal Dagangan 1972/Jual barang dagangan palsu.
Barangan palsu ada dimana-mana yang setengahnya berligar dikalangan pengguna umat Islam, yang tidak selayaknya berlaku. Contoh paling biasa ialah menggunakan Islam (tempat,khasiat, label,imej dsb ) keatas baranganya sebagai kempen jualan. Air Zam-zam pun ada yang tiruan/palsu dijual kepada orang ramai.
28.3.11
Mata bukan Satu Mainan. Jangan bermain mata!!
Dua biji mata manusia merupakan satu alat, membolehkan kita melihat dan menganggarkan letak kedudukan sesuatu benda.Secara faktanya mata memerlukan cahaya nampak untuk membolihkan ia berfungsi secara automasi untuk kerja mempertajamkan pengelihatan diberbagai jarak dan mengawal keadaan cahaya bagi mengelak kesilauan dan kesuraman melampau. Mata bekerja bila sejumlah cahaya memasukuki bahagian jernih mata. Mulai dari kulit,kornea, lubang iris,kanta, gelamaca dan seterusnya menghentam sel-sel deria pada retina. Sel-sel berbentuk kon(peka pada warna) dan rod (peka oada hitam putih)ini terus ke otak untuk ditafsirkan sebagai pengelihatan.
1. Apakah manusia tidak boleh melihat diwaktu malam? Seperti fakta diatas mata tidak dapat melihat dan berfungsi dengan ketiadaan cahaya. Malam yang gelap gelita membuatkan kita buta sebutanya. Namun bagi setengah haiwan mereka bolih melihat disekitar menggunakan mata,kerana mereka ada satu lapisan dibelakang retina dimana cahaya yang amat sedikit itu boleh dibalikkan kembali ke retina dan keluar terus dari mata. Sel Rod(meraka tidak ada/banyak sel kon)mengesan cahaya kedua yang dibalikkan tadi.
Apakah tanpa cahaya mata manusia boleh melihat? Apa yang kita soalkan ialah batasan kepekaan pada sel-sel deria pada retina. Kepekaan kepada gelombang elektromagnet yang ujud dipersikitaran. Salah satu gelombang ialah infrared dan ultra ungu. Gelombang ini adalah halimunan pada mata kita. Ada banyak lagi jika disenaraikan haba dan radio dsb.

Pada zaman sekarang pengelihatan manusia semakin lebar had nya melalui penggunaan alat luaran berteknologi. Penggunaan alat yang sensitif yang boleh mengesan cahaya yang sedikit dan gelombang halimunan ini membolehkan kita melihat kedalam kegelapan itu. Perkara ini telahpun lama di praktikalkan dalam kajian bintang, penggunaan ketenteraan , perubatan dan untuk awam juga semakin meluas. Tidak hairan jika kemajuan kamera turut mengguna pakai teknologi sedemikan.
Tabir objek dan kegelapan tidak lagi menjadi halangan permandangan. Imej2 yang dihasilkan amat menarik mengikut penggunaanya dan mungkin pula menjadi satu cabaran terbaru kepada kita. 2.Boleh kah kita melihat dengan mata kita sendiri akan peristiwa yang sudah berlalu? Setahun lalu, seabad dulu malah berjuta tahun dahulu..pelik bukan; jawabnya ia tidak mustahil untuk kita semua. Kerana mata berfungsi apabila cahaya/pembalikan caya bergerak masuk kedalam mata,kelajuan cahaya adalah penting kepada jarak dan masa ia terjadi. Oleh itu pada objek yang jauhnya 300,000km peritiwa itu akan terlihat 1 saat selepasnya. Misalnya bila melihat bulan, apa yang kita lihat adalah peritiwa bulan yang telah berlalu +1 saat lepas.Bagi matahari merupakan telah berlalu l/b 8 minit lepas. Sekiranya kita memandang objek yang lebih jauh ke angkasa sepeti bintang, galaksi dan lainnya pencapaian kita melihat kejadian 10 tahun, 100 tahun malah boleh sampai ke juaan tahun yang lepas. Kita juga boleh melihat sejarah dunia kita?
Dua perkara diatas sebahagian daripada kelebihaan yang Allah beri pada nikmat mata kita untuk menjawab beberapa persoalan manusia semasa.
1. Asas pada pengelihatan kita sebenaranya boleh dimajukan mengikut pengetahuan yang manusia capai. Daripada capaian cahaya nampak hingga ke had halimunan yang ada dan melampaui jaraknya. Dari berkeadaan terus kepada keadaan berhijab dan tertampan. Seperti tiada apa yang boleh tersembunyi dan terlepas dari kita.
2. Pengelihatan merupakan satu saksi yang adil lagi tidak pernah menipu. Peristiwa yang terjadi adalah abadi bila ia melekat di pengingatan kita. Malah dengan kemajuan yang ada kita dapat juga melekatkanya pada elemen2 sesuai seperti tindakbalas kimia pada film, di runut2 pada data di CD dsb.
3. Begitulah tiada apa yang disembunyikan oleh Allah kepada umatnya maka Alah menyediakan keadaan keabadian tenaga bagi manusia yang ingin membesarkan Nya disepanjang tertegak agama nya di dunia.
4. Batasan pengetahuan manusia bukanlah satu perkara noktah dibandingkan kepada kerahmatan dan ilmu Allah yang maha agong.
21.3.11
Loji Tenaga Nuklear Bukan Baru Pada Kita
Selain itu radiasi dari bahan radiokatif yang terlibat boleh mencemari keadaan sekeliling.
Bahan yang dicemari itu menyebabkan tisu-tisu hidup mengalami mutasi dan penyebab kepada berbagai penyakit seperti kanser.
Sumber tenaga yang boleh diperbaharui, boleh guna lain seperti geotherma, matahari, angin, ombak dan sebagainya juga-kian di kembangkan pada kuantiti/kualiti yang masih kurang praktikal.
Sebelum manusia pertama Nabi Adam di turunkan bersama Nabi Hawa, bumi dan segala fauna dan flora telah ujud terlebih dahulu. Dikatakan Manusia dijadikan khalifah didunia ini kerana menggantikan kaum Jin dimana mereka merupakan berasal dari kejadian yang lain dari manusia. Mempunyai begitu banyak kelebihan yang dimilikinya berbanding manusia. Hanya manusia diberi kemuliaan dengan akalnya supaya akan menjadi dominan memakmurkan dunia ini.11.3.11
tsunami dan Mangsa terbarunya Jepun
Dunia kita ini 2/3 adalah terdiri dari air dengan 5 buah lautan sebagai tadahan. Pesisir pantainya sentiasa di hempas oleh ombak laut. Pada ketikanya amat mendamaikan dan menjadi tempat istirehat yang popular. Namun dipesisir pantai ini satu petaka yang dahsyat boleh terjadi. Kesan nya kepada nyawa dan kemusnahan harta benda amatlah besar. Petaka ini boleh berlaku pada bila-bila masa akibat luruan dan hempasan beberapa siri ombak dari laut yang besar. Kelajuan dan saiz ombak itu boleh mendatangkan daya merusak kedamaian tersebut. Tsunami.
tsunami berasal dari bahasa Jepun bermaksud 'ombak pelabuhan'. Ia terjadi bilamana berlaku ketidak stabilan dikawasan atau berhampiran laut akibat aktiviti gunung berapi dan pergerakan plat dasar laut atau hentaman mateor. Ia menghasilkan gelombang besar yang meluru dari pusatnya dan tersebar ke kawasan-pantai.
Kelajuan nya akan menurun apabila sampai dikawasan cetek dimana puncak gelombang itu menghasilkan keadaan banjir besar serta berarus deras.
Beberapa rentetan tsunami besar yang dialami oleh dunia:

2004 - Gempa dilautan India yang lebih 150,000 orang terkorban. Kawasan terlibat ialah Asia Selatan dan Afrika Timur1998 - Gempa 7.0 di perairan Papua Guinea denga ombak 10m mengorbankan 6,000 nyawa1976 - Berlaku di Filiphina dengan angka 5,000 terkorban.
1964 - Juga berlaku di Pantai Barat Amerika utara.
1960 - Dengan ukuran9.5 di selatan Chile dengan 3,000 terkorban
1958 - Dicatatkan sebagai tsunami terbesar terjadi di Alaska. Dikatakan gelombang airnya mencapai ketinggian 524 m.
1946 - Berlaku di Alaska berukuran 7.8 dengan ombak 35m dengan kematian 165 orang
1883 - Hasil letupan Gunung Krakatoa Indonesia menghasilkan ombak 35m dan mengambil nyawa 36,000
1755 - Berlaku dengan memusnakan Lisbon Portugal dan Europah 60,000 nyawa.
Dalam tempoh 2 jam sahaja , tsunami besar itu telah menyapu kebanyakan pantai yang hampir dengan pantai di sepanjang 2,100 km itu. Ia merupakan satu kemusnahan yang besar. Tetapi Nuklear Power Plant yang ada di kawasan tersebut adalah selamat.Dari rentetan seterusnya diberitakan ketahanan keselamatan loji2 nuklear ini telah muai membawa masaalah dan kekhuwatiran global.
Di Tokyo, setakat ini 1 korban dilaporkan dengan beberapa kecederaan.Dicatatkan kesan tsunami itu sampai sejauh 125km. Beberapa tempat yang terdedah dilain-lain negara, turut di berikan amaran awal diletakkan berada berkeadaan berjaga-jaga. Kesan kemusnahan dibanding masa untuk manusia membangunkanya semua itu menunjukkan betapa kuasanya Allah.
tsunami merupakan salah satu dari bencana alam selain dari banjir, angin ribut, kebakaran. Cabaran yang Allah berikan kepada manusia menuntut kita sentiasa tunduk selaku seorang hamba. Namun sebagai manusia biarlah bersikap redha dan meneruskan kehidupan seperti akan hidup biarpun esok akan kiamat.
Nota: Ketinggian gelombang di kawasan dasar yang dalam tidak dirasai sangat kesannya. Bilaia sampai dikawasan cetek, yang semakin kurang dari gelombang tersebut, alunan tersebut mula memecah. Gulunganya seakan ia bergulung dengan lidah bersama kelajuannya boleh memusnahkan apa yang dilaluinya.
9.3.11
Getaran badan dan Warna Warni
Getaran merupakan satu pergerakan secara berulang-ulang mengikut masa dan kelajuan tertentu.Ia berlaku pada semua benda termasuklah samada jirim dan jisim. Berlaku pada setiap unit asas yang membentuk nya seperti atom. Jika kita fokus kepada gelombang elektromagnet disitu ada komponenya iaitu warna dan cahaya.Satu anggota anugerah Allah, mata merupakan satu peralatan yang khusus untuk mengesannya.
Mata berfungsi bila cahaya memasukinya dan dikesan oleh hamparan retina lalu ditafsir oleh otak kita sebagai pengelihatan. Fakanya cahaya ini terdiri dari warna asas biru, merah dan kuning. Gabungan 2 warna ini akan menghasilkan warna sekunder hijau,ungu dan jingga. Manakala gabungan warna asas dengan warna sekunder menghasilkan warna tertier pula. Sehinggakan dunia ini begitu cantik di pandang. Disenikan lagi dengan warna neutral hitam dan putih dicorakkan mengikut nilai ton dan kroma nya, gubahan warna , suhu warna dan akhirnya ia boleh berperanan serta berfungsi didalam sesuatu kebudayaan setempat itu.
Cahaya dan warna itu mempunyai getaran masing masing dan berbentuk jirim, kesannya ia mempunyai nilai tenaga yang berbagai. Getaran yang ada itu boleh sahaja bergabung dengan getaran yang lain disekitarnya untuk menghasilkan getaran baru yang lebih/kurang dari yang asal. Inilah asas hubungkait antara kedua kedua-dua dalam soal pemadanan atau keserasian sesuatu benda dengan benda yang lain.
Bagaimana pun hukum dan aturan fizik diatas bukanlah dasar untuk kita mempercayainya ketepatan segala macam petua-petua yang digunakan seharian. Banyak lagi sebab dan musabab yang perlu diambil kira.
Didalam kehidupan, warna turut mempunyai peranannya serta boleh mempengaruhi perasaan . Misalnya warna berpakaian dan barang perhiasaan, juga mempengaruhi keserlahan dan kejatian diri kita. Seperti yang diperkatakan getaran pada badan kita perlukan kesesuaian dengan getaran cahaya ini. Selalu kita mengaitkan warna kulit, tinggi dan kurus, bulat atau bujur diri kita perlulah diambil kira untuk dipadankan dengan warna pakaian. Begitu juga bersesuaian dengan keadaan dimana kita menghadirkan diri.
Disini bukan lah tujuan membahaskan panduan/petua dsb dengan lanjut. Apa yang ingin di perkatakan sekadar mencetus minda kita 'kaitan semua yang Allah ujudkan itu berlaku mengikut ilmunya, yang lengkap dan mampu di pelajari berdikit-dikit.
Dunia juga tidak terlepas dengan kaitan tersebut pada kehidupan. Salah satu ialah ada kaitan dengan waktu-waktu tertentu dengan kita. Pandangan ini setelah tertarik dengan halaman blog berikut. Ikuti sepenuhnya>>>
Aku sekadar Angan-Angan Beli Lukisan Pablo Picasso RM350,000,000
Dikenali sebagai ahli seni di abad 20. Lahir di Malaga Spain 1881-1973 dan mati di France. Menghasilkan 22k hasilan seni.
Lukisan terkenal nya bertajuk Nude, Green Leaves and Bust yang dihasilkan pada 1932 adalah menjadi lukisan termahal pada harga RM 350 juta. Ia di lelong di rumah lelong Christie’s London kepada seorang rakyat Britain.
Bagi pelukisnya ia merupakan satu ilham dari kekasihnya Marie-Therese Walter yang merupakan model dan menjadikan kekasih.
Jika anda seorang pelabur sanggupkah anda melabur sejumlah wang untuk sebuah lukisan ?
Jika anda seorang peminat seni , apakah nilaian wang itu berbaloi?
Kalau ditanya kepada aku jawapanya aku angan-angan saja dan lupakan lah.
23.2.11
DUNIA KIAMAT PADA 21.12.2012
Ketakutan menghadapi kiamat menjadi satu ledakkan soalan “Bila Kiamat Akan Berlaku?”Lebih menakutkan kepada mereka yang yakin akan berlaku pada 21.12.2012 Sudah hampir!
Kenapa pada tarikh itu?
Tarikh ini yang berdasarkan kepada tarikh terakhir kalender puak Maya .Mereka percaya selepas tarikh itu bumi akan berakhir apabila kalender Maya itu bermula kembali ke awal nya. Puak Myan ini dikenali sebagai mereka yang mahir dengan matematik dan kajian semesta. Ada maklumat merekalah yang menghitung jarak kitaran orbit bulan ialah 329.53020 hari yang berjulat 34 saat sahaja dari kiraan moden. Pada tarikh itu dengan ada sokongan dari berbagai kemungkin yang lain. Kepercayaan Kristian , Cina dan Hindu turut menyumbang. Ada juga percaya kepada ribut matahari yang akan menghamburkan tenaga begitu rupa, yang boleh memberi kesan kepada stalite dan grid tenaga di bumi akan berlaku pada 2012.Pada tarikh itu juga dikatakan satu cubaan saintis eropah dalam kajian penembakkan atom di “particle accelerator”akan dilakukan disebuah tunnel sejauh 27km. Ini menghasilkan mini black hole yang membawa kemusnahan. Ahli geologist jua percaya Gunung Yellow Stone di US akan meletup setelah memendam selama 650,000 tahun. Ia menyebabkan musim dingin selama 15,000 tahun akibat udara diselubungi abunya dan menahan cahaya mentari akan meletus. Para ahli physicists di Universiti Berekly dengan kadar kiraan 99% percaya dengan hasil kiraan mereka terhadap bumi. Begitu juga masalah perubahan kekuatan dan kedudukkan medan magnet di kutubnya akan menjadi sebab UV didedahkan ke muka bimi turut diperkatakan.
Sebenarnya banyak kepercayaan dan yang berbaur keterangan saintifik menjadi tarikh tersebut sebagai tarikh Kiamat mereka. Bagi orang Islam sememangnya kita adalah umat di akhir zaman. Dunia juga telah diibaratkan seperti orang tua yang bongkok. Tanda-tanda kiamat juga semakin banyak. Tetapi bukan pada tarikh itu.
Sebagai nota:
Para ahli mentertawakan hal ini. “Ramalan2 itu benar2 tidak berasa sama sekali, apalagi di kaitkan dengan kebudayaan Maya yang kita kenal,” kata Stephen Houston, profesor antropologi di Brown University seorang yang mahir membaca tulisan hieroglif Maya. “ bangsa maya tidak pernah menyebut2 hal ini.” katanya lagi. Bangsa maya melihat bahawa tanggal tersebut adalah tanggal kalender mereka semata dimana tanggal akan berulang kembali tanpa apa apa berlaku”. “Ini hanyalah bayang sahaja.”
21.2.11
Atmosfera terdiri dari 7 lapisan bermanafaat
Dalam dunia yang nyata keadaan gambaran diatas tidak mustahil berlaku dan terus berlaku selagi manusia tidak memperdulikan “masa" dimana ia akan ketinggalan disebabkan oleh perkara-perkara yang dipenuhi dengan nafsu semata-mata. Namun orang Islam telah diberikan panduan sejak Islam disempurnakan oleh Nabi Mohammad SAW supaya sentiasa berwaspada melalui sikap sederhana dan memperkatakan kepentingan ilmu lebih dari yang lain.
Pada Al-Quran jika dikaji, beberapa ilmu yang terkandung didalamnya menempelak sikap orang yang angkuh dan menyukai memperbodohkan manusia yang lain. Ayat-ayat yang terkandung memberi motivasi kepada para ilmuan islam ( tambah yang mempunyai akses ) dan umatnya secara am agarbertanggung jawab untuk menyedari hal ini.Kenapa kita selalu dirugikan sebegitu rupa.
Atmosfera dan Al-Quran
Dialam nyata yang kosong pepejal bumi bergerak laju dengan dibungkus oleh udaranya tanpa terhakis.Ia sentiasa di anugerah dengan tambahan tenaga matahari supaya tenaga itu berlegar sesama kita untuk memakmurkanya bumi ini.Itulah tujuannya dan manusialah khalifah yang diamanahkan supaya tidak merosakkan nya melalui tanganya sendiri.Pembungkusan bumi dengan Atmosfera adalah untuk banyak tujuan.Dari membekalkan oksigen,memanaskan dan keselamatan kebakaran(Karbon dioksida,Nitrogen), edaran air yakni hujan, melawan ultra violet dan serangan mateor, hingga kepenggunaan komunikasi dll.Ada 7 lapisan yang terl ibat mengikut ketebalan dan kesan kegunaanya kepada manusia. Lapisan itu terdiri dari
Troposfera, Stratosfera, Ozonosfera, Mesosfera, Termosfera, Ionosfera dan Eksosfera
Bukankah perkataan “langit" yang kerap ddi Al Quran banyak merujuk kearah langit bumi dan alam semesta? Allah ada menyatakan dengan terang:
"Dia-lah Allah, yang menjadikan segala yang ada di bumi untuk kamu dan Dia berkehendak menuju langit, lalu dijadikan-Nya tujuh langit. Dan Dia Maha Mengetahui segala sesuatu. Q2:29
"Kemudian Dia menuju langit, dan langit itu masih merupakan asap. Maka Dia menjadikannya tujuh langit dalam dua masa dan Dia mewahyukan pada tiap-tiap langit urusannya.Q41:11/12
18.2.11
Hari Jumaat ( Friday)
Hari Jumaat merupakan hari ke 5 dalam kalender Islam. Ia dari bahasa Arab yang bermakna banyak/ramai. Hari ini hari berkumpul menunaikan sembahyang jumaat untuk menggantikan sembahyang zohor.- 1. Hari akan terjadi hari kiamat. yang dinyatakan oleh N SAW melalui hadis riwayat Muslim
- 2. Hari dimana Nabi Adam diciptakan dan juga disingkirkan dari syurga. Begitu maksud kata Nabi SAW melalui hadis riwayat Abu Hurairah.
- 3. Jumaat merupakan Penghulu segala hari disisi Agama yang meletakkan ia sebagai yang utama (Saidul aiyam) dari hari-hari lain seperti yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah.Bagi mereka yang menunggu menunaikan Sembahyang Jumaat boleh bersembahyang sunat berkali-kali sehingga katib naik ke mimbar tanpa ada tegahan. Manakala dihari lain adalah ditegah sewaktu lepas subuh hinnga matari naik setinggi anak panah. Dilarang juga semasa matari benar-benar di atas kepala. Sila rujuk perkara makruh tahrim mengikut Fuqaha Syafi'iyah.
- 4. Pada hari ini semua penghuni alam barzah akan selamat dari fitnah kubur .Telah disabdakan oleh Nabi Mohamad. Imam Sayuti menyatakan semua roh orang Islam berkumpul dihari jumaat, selamat dari seksaan kubur. Bagi yang mati Jumaat akan selamat dari seksaan kuur dan api neraka tidak menyala dan hari bagi penghuni syurga mengadap Allah.
- 5. Kebaikan dengan memotong kuku untuk kesihatan dan Keselamatan . Diriwayatkan Ibnu Masud
- 6. Makbulnya doa di antara dua khutbah. Bagi mereka yang menunaikan sembahyang Jumaat sebagaimana tafsiran hadis riwayat Abu Hurairah.
17.2.11
BENDA AJAIB DI DUNIA
Disini ada 6 set perkara-perkara yang dianggap ramai sebagai 7 mengajaibkan dunia.Kategori itu terdiri dari:
1. Keajaiban Dunia Kunu
- Colosus Rodos — (292–280 SM) oleh Chures, sekarang Yunani.
- Taman Gantung Babilonia — (abad ke-8 SM–abad ke-6 SM), sekarang Iraq.
- Mausoleum Mausolus — (353–351 SM), di kota Halicarnassus, sekarang Bodrum, Turki.
- Mercusuar Iskandariyah — (270 SM) di pulau Pharos, sekarang Mesir.
- Piramida Giza — (sekitar 2575– sekitar 2465 SM) ,sekarang Mesir.
- Patung Zeus — (457 SM), berada di Olympia, sekarang Yunani.
- Kuil Artemis — (550 SM), di Efesus, sekarang Turki.
16.2.11
Kapal Selam Keperluan Semua
Dengan jarak 440km dari Bagota Colmbia; tenteranya telah berjaya merampas kapal selam yang diperbuat dari gentian kaca dan berkuasa diesel. Panjangnya 30 meter dan boleh memuat 6 krew. Boleh menyelam pada kedalaman 3 meter untuk jarak yang jauh. Dianggarkan pembinaanya mengambil kos RM6.1 juta. Kegunaannya untuk menyeludup dadah yang boleh mencapai 8 tan sekali perjalanan.
Malaysia pun ada Scorpene terdiri kelas Perdana Menteri. Tun Abdul Rahman dan Tun Abd. Razak sudah memberi khidmatnya sebagai Kapal Selam Penyerang dilengkapi dengan 6 tiub terpedo yang boleh melakukan tembakan serentak torpedo Blackshark selain untuk melancarkan peluru berpandu SM39 Exocet versi kapalselam. Ia boleh mengesan udara serta permukaan dengan 31 krew. Ia sebagai tanggungjawab dan dasar TLDM untuk melindungi dan mempertahankan meritim yang meliputi 603, 210 kilometer persegi dan tanggunjawab sosialnya pada dunia.
11.2.11
Salam Menyalam
Waktu sekarang budaya salam menyalam jarang dilakukan secara sedar. Pertemuan dengan lirik mata dan mulut tidak dijalin dengan ucapan yang diajarkan oleh Nabi Sallallahu alaihi wassalam seperti hadis yang diriwayatkan oleh al Imam Abu Daud, bermaksud "Daripada Abu Hurairah katanya : "Apabila kamu bertemu dengan saudara kamu (sesama Islam) berilah salam keatasnya " Hukum nya adalah sunat dan kepada penerimanya adalah wajib. Ucapan salam boleh di jalinkan lagi dengan perbuatan bersalaman. Semua ini membawa kepada sebuah masyarakat yang berpadu dan penuh persaudaraan. Di Malaysia perbuatan ini masih boleh kita lihat dan menjadi satu budaya di pertemuan pertemuan majlis dan sebagainya. Ia dilakukan samada antara sesama gender atau tidak, berlainan bangsa dan agama. Jika ingin mengetahui hukum-hukumnya lebih boleh ke brunet.bn
10.2.11
Penyembelihan Kejam ??
Islam mengajar umatnya beradap pada diri dan memakan haiwan-haiwan yang sesuai. Tidak dibenarkan memakan omnivor tambah lagi carnivor, haiwan dua alam, memudaratkan dan yang dianggap jelik. Proses penyembelihan amatlah mudah samada dalam keadaan selesa atau tidak.Dan ada sunat2 yang boleh diamalkan seperti mulakan dengan Bismillah..,mengarah kiblat, selawat, membaringkan dirusuk kanan dan sebagainya. Harus memakan tumbuhan, haiwan serta air dan menghirup udara bersih supaya kita meneruskan kehidupan dengan boleh beribadat dan seterusnya menjadi khalifah diberbagai platform. Amanah yang Allah serahkan kepada sesiapapun bagi mereka yang beriman. Proses penyembelihan amatlah penting. Mengambil nyawa makhluk biarlah yang sah dan dihormati sumbanganya. Ringkasan ini di ambil dari dari panduan ini
Pendapat menyatakan kaedah saintifik dapat membuktikan penyembelihan yang mengikut garis Islam ini adalah terbaik,bersih pada kesihatan.Namun ada pendapat anak-anak moden bukan Islam yang menyatakan penyembelihan untuk mendapatkan status halal merupakan satu penyeksaan kepada haiwan tersebut. Sebagai orang Islam ,menyarankan pihak berkuasa dapat memahamkan dan membuat beberapa model penyembelihan oleh kilang-kilang bagi menyelami pendapat tersebut. Nak menyalahkan, mereka ada tanggapan sendiri.Percaya dengan Islam adalah agama yang sesuai disepanjang zaman adalah tanggappan yang sempurna.
9.2.11
LABEL HALAL DI INDONESIA PALSU
Hery Winarno - detikNews Jakarta - Tidak semua makanan yang berlabel Halal terjamin kehalalannya. Bahkan sebagian besar produk makanan yang beredar di pasaran, berlabel halal 'bodong'. "Data dari BPOM, 54 persen produk makanan yang beredar tidak sesuai dengan persyaratan labelisasi halal," ujar Direktur Lembaga Pengkajian Pangan, Obat, Makanan dan Kosmetika (LP POM) MUI, Lukmanul Hakim kepada wartawan usai rapat dengan Komisi VIII dan BPOM di gedung DPR, Senayan, Selasa (8/2/2011). Menurut Lukman salah satu persyaratan produk halal, selain memiliki label harus juga memiliki sertifikat halal. Sedangkan sebagian besar produk yang beredar di pasaran hanya mencantumkan label halal, belum tentu memiliki sertifikat halal. "Jadi dalam produk makanannya ada label halal, tapi itu belum tentu memiliki sertifikat halal. Jadi label halal itu bodong, karena tidak sesuai persyaratan yang ada," terangnya. Banyaknya produk berlabel halal bodong tersebut dinilai sangat mengkhawatirkan. Pemerintah lewat Badan Pengawas Obat dan Makanan (BPOM) diminta untuk melakukan penindakan. "Itu menunjukan lemahnya aspek penegakkan hukum. Aspek itu ada di pemerintah, kita hanya edukasi kepada masyarakat. Harusnya pemerintah lewat BPOM gencar melakukan pengawasan dalam rangka penegakkan hukum," paparnya. Terkait banyaknya produk makanan berlabel halal bodong tersebut, MUI menghimbau agar masyarakat meneliti sebelum membeli. Bagi yang ragu-ragu apakah makanan yang dikonsumsi tersebut berlabel halal bodong atau tidak, MUI menyarankan agar melihatnya ke situs www.halalmui.org. bodong = bulging, protruding / tampalan. Apa yang anda perlu tahu ialah, kebanyakan pengusaha makanan adalah orang Cina.
27.1.11
Penawar dari Permata
Baiduri: Masalah pengelihatan dan tekanan perasaan.
Delima: Masalah pengelihatan, buasir, hati, masalah hati, ketakutan, mental dan seksual.
Jed: Untuk orang yang bermasalah dengan tulang, dada serta paru-paru, kejang kaki, pendarahan, buah pinggang, bersalin, kehilangan suara, sakit perut dan pengidag asma.
Intan: Masalah pada pundi kencing, kulit, mimpi buruk dan ketahanan badan melawan penyakit.
Krisoberil: Cirit-birit, ulser perut dan masalah dalam telinga.
Lapis Lazuli: Masalah pengelihatan sesasa hamil, sakit kepala, tekanan perasaan, kerungan, kulit dan penyakit saraf.
Nilam: Masaalah mental, melecur, ulser, ulserpagkal usus, kulit, demam dan keletihan pada mata.
Mutiara: Masalah kemurungan, kadar kolestrol yang tinggi, membersih darah, masalah jantung dan denyutan jantung.
Topaz: Masalaah kemurungan, anjing gila, gout, demam kuning, ulser, keletihan pada mata, keracunan dan gayat.
Turmalin: Batuk, kejang oto, masalah paru-paru, ketakuta melampau.
Turqouise: Asma, Infeksi pada paru-paru, penyakit tulang, artritis, migrain, sakit kerongkong dan sengal-sengal sendi
Zamrud : Masalah pengelihatan,sembelit, hilang selera makan, gastrik, keracunan, cirit-birit dan gigitan ular berbisa.
Belum Dihijau Buktikan : Oleh Degor Johia - Kurator Muzium Alam Semulajadi Putrajaya." Kesihatan tubuh badan manusia banyak dipengaruhi oleh diet pemakanan dan pengambilan makanan tambahan dalam bentuk vitamin atau zat galian yang diperlukan oleh sistem badan. Batu batan yang dijual dengan kepercayaan ia mampu merawat , mengawaldan membantu meningkatkan kesihatanbadan setakat ini masih belum dapat dibuktikan kesahihannya."
Sebagai rawatan alternatif:
Batu Akik,Flourit, Kalsit dan Obsidian : Bagi mereka yagsakit belakang.
Batu Garnet, Jasper, Dolomite dan Karang putih : Bagi yang alahan dan alergi.
Batu Delima, Garnet dan Aventurin : Masalah kesuburan
Jangan Percaya: Dr. Zal Abdul Rahim - Pakar Perubatan dan Pernafasan Pantai Hospital Ampang. "Ia tidak dibuktikan secara klinikal dan kajian saintifik. Apa yang didengar mungkin berdasarkan daripada testimoni sesaorang pengguna.."














