7.5.11

Badan Kurus Kerana 'Saka'

Diberitakan, (Kosmo 1 mei 2011)seorang kanak-kanak Muhammad Aiqqal Azman,(12)  murid hun enam Sek. Kebangasaan Seri Tasik, Bandar Sri Permaisuri,telah mengalami satu pengalaman yang misteri. Kelakuannya menjadi seorang pelahap sehingga boleh mengambil 6 pinggan nasi bersama lauk pauk yang lain sekali gus, malah kekerapan makan nya juga  berulang-ulang. Perangainya ini juga dilakukannya tidak mengira masa dan tempat. Namun anih!  keadaan dirinya tetap mengurus  dari 35 kg menjadi 20 kg. Keadaan ini menyebabkan ia terpaksa di rawat di sebuah hospital walaupun doktor mengesahkan tiada masalah yang dapat dikesan. 
Kejadian ini  bermula selepas  kanak2 ini menggelupur dan pengsan  beberapa jam, sejurus majlis pengebumiaan datok nya disember lalu. Banyak pakar perubatan tradisional memberi khidmat namun tiada berkesan sehingga pesakit itu dirawat di selama 8 hari dalam wad dan 4 hari ICU di Hospital Pakar Ampang Putri.
Semasa dalam rawatan, seorang (tidak mahu dikenali) yang menyatakan  boleh membuang “benda’ yang ada tubuh kanak2 turut memulihkan tabiat dan penyakit mistri tersebut. 

Dalam proses  itu Aiqqal meraung dari magrib hingga ke puku 5 pagi. Selepas itu ia dikatakan semakin pulih dan doktor boleh memasukkan nutien ketubuhnya. Pemeriksaan doktor juga mendapati keadaan perut pesakit sangat kecil seolah seperti tidak pernah makan untuk beberapa bulan. Kini kanak kanak itu telah pulih. Sungguhpun begitu, sikapnya tidak seperamah dulu walaupun dahulu ia aktif dalam aktiviti kokurikulum  Pengakap dan taekwondo.
Komen pengasas Rawatan Islam Darul Ruqyah, Us. Mohd Suhaimi Razali mempercayai mistri tersebut akibat dari ‘saka keturunan’. Ia membawa maksud jin diturun kepada sesaorang kepada keturunan orang tersebut. Dikatakan Aiqqal mengalami penderitaan itu kerana tidak tahu mengendalikan ‘saka’ tersebut.
Pada orang2 dahulu mengambil saka jin bertujuan sebagai pembantu bagi menjaga rumah, keluarga, ladang, perubatan tau persilatan.Di percayai jin2 ini perlu makan dan paling mudah ia masuk kedalam badan sesaorang dan dibawah pengaruhan nya apa yang dijamah oleh mangsa itu akan menjadi makanan jin itu. Dikatakan Aiqqal mengalami penderitaan itu kerana tidak tahu mengendalikan ‘saka’ tersebut.

Secara amnya makanan yang diambil akan melalui sistem pencernaan. Kalori yang ada padanya akan diguna untuk menjana tenaga selain disimpan dalam bentuk lemak. Tenaga digunakan untuk aktiviti otot   pergerakan rangka,usus, jantung selain mengerakkan darah,pengekalan suhu badan, mengatur hormon, pertumbuhan dan juga memperbaiki sel-sel. Kadar metabolisma ini ada kaitan dengan bentuk badan si pemakan untuk menggemok atau mengurus. Kepada yang gemar makan banyak  tetapi tetap kurus 90% adalah kerana memiliki polar makan, olahraga dan tidor yang salah.

sambungan...

No comments:

Post a Comment

www.myatiq.blogspot.com