N27+ N28

N27 MERLIMAU MELAKA
Sebuah penempatan yang dikatakan tempat banyak pahlawan-pahlawan kesana untuk melimaukan keris mereka. Ini disebabkan banyak kedapatan pokok limau .Dari segi sejarahnya tempat itu jadi laluan Raja Melaka semasa mengelak dari Pertugis 1511 dan bermalam 3 hari dan 3 malam untuk Raja Permaisurinya yang gering. Disitu juga terletaknya makam Tun Teja.
Ia terletak 23 km dari Bandar Merlimau merupakan penempatan 4 persimpangan antara jalan Melaka dan Muar.Jasin dan Perkampungan Batu Gajah.
 Perkembagan Merlimau dapat dilihat dari aktiviti yang dilaksanakan dari masa kesemasa. Terakhir dari ADUNn27 nya Mohamad Hidhir meninggal pada 20 Januari jam 8.10 malam. Pada PRU 12 aruah mewakili BN dan menewaskan calon PAS, Mejar (B) Jasme Tompang dengan Majoriti 2,154 undi.Mohamad Hidhir mendapat 4,981 manakala Jasme Tompang mendapat 2,827 pada Pilihan Raya Umum ke-12 Mac 2008.Semoga khidmatnya diberi ganjaran oleh Allah.
SPR menetapkan Penamaan Calon pada 260211 dan PRK pula pada Tarikh 060311.
Merlimau Melaka Seterusny

BN  Roslan Ahmad
Roslan adalah ahli jawatankuasa UMNO Bahagian Jasin yang bertugas sebagai Pengurus Unit Pembangunan Perniagaan dan Sosiol Ekonomi di Perbadanan Melaka Holding Sdn Bhd.Roslan adalah anak kepada Allahyarham Datuk Ahmad Ithnin iaitu Ahli Parlimen Jasin (1967-1978), ADUN Sungai Rambai (1982-1986) yang juga bekas Ketua UMNO Bahagian Jasin (1974-1978) selain anak saudara bekas Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Abu Zahar Ithnin.


PAS Yuhaizad Abdullah
Timbalan Yang Dipertua Kawasan Jasin, Sdr Yuhaizad Abdullah, juga adalah Timbalan Ketua Dewan Pemuda Negeri Melaka.sebagai calon pilihanraya kecil N27 Merlimau untuk berdepan dengan calon BN, Roslan Ahmad.Yuhaizad berumur 37 tahun, berasal dari Kg. Chinchin, Jasin dan merupakan anak jati DUN Merlimau. Isterinya bernama Shakila Mohd dan mempunyai empat orang cahaya mata.
Mendapat pendidikan awal di Sek Keb Chinchin, kemudian Sek Men Tok Bendahara dan menyambung pelajarannya di IKM dengan memperolehi Diploma Tasawwur Islam.Pengumuman tersebut dibuat oleh Presiden PAS, TG Haji Abdul Hadi Awang di Merlimau sebentar tadi.

KEPUTUSAN PRK MERLIMAU 6.3.2011 


Roslan Ahmad(BN): 5,962   Yuhaizad Abdulah(PAS): 2319  Majoriti : 3,643   Rosak : 135

N28 KERDAU PAHANG

Pada PRU 12 dimenangi oleh Zaharuddin Abu Kassim mendapat undi 4135 dan Majoriti 1615 bila  mengalahkan Hassanudin Salimn yang mendapat undi 2520 /28. Pertandingan dua Penjuru UMNO dan PAS dikawasan dun menyaksikan 8451 yang layak mengundi hanya 80.19% sahaja yang menunaikan tanggungjawab termasuk lah yang merosakkan undi sebanyak122 orang. ADUN BN  yang menang ini telah kerahmatullah pada 12 Feb 2011 jam 8.00 malam pada usia 63. Alfatihah.

SPR menetapkan Penamaan Calon pada 260211 dan PRK pula pada Tarikh 060311.



BN Syed Ibrahim
ialah Naib Ketua UMNO Bahagian Kuala Krau yang mempunyai latar belakang agama lepasan dari Universiti Al-Azhar, Mesir 


PAS Hasanuddin Salim
Di Kerdau, Pahang, bekas Setiausaha Pemuda PAS, Pahang, Hasanuddin Salim, 43, dipilih sebagai calon PAS untuk Pilihan Raya Kecil di DUN tersebut.
Demikian pengumuman Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat

KEPUTUSAN RASMI  PRK DUN KERDAU


Syed Ibrahim Syed Ahmad (BN): 5,060  Hassanuddin Salim(PAS): 2,336 undi  Majoriti: 2,724  Rosak: 94

Ini bermakna proses pernamaan dan PRK Dun 27/28  Merlimau dan Kerdau akan berlaku serentak.
BN mengekalkan kerusi DUN Merlimau apabila calonnya Roslan Ahmad menewaskan calon PAS Yuhaizad Abdullah dengan majoriti 3,643 undi.Roslan memperoleh 5,962 undi berbanding Yuhaizad, 2,319 undi.

Di Kerdau pula,calon BN Syed Ibrahim Syed Ahmad menewaskan calon PAS Hasanuddin Salim dengan majoriti 2,724 undi. Syed Ibrahim memperoleh 5,060 undi sementara Hasanuddin 2,336 undi.


dulu Tenang 5  sekarang 27+28=55  untuk peminat rokok lama 555 hehe ada juga buku 555 atau "buku hutang"..kat kedai cina. canggih lagi..bahawa mata berkeadaan paling peka terhadap cahaya pada panjang gelombang 555 nm walaupun kuasanya berbeza. Sekadar main-main sahaja dan jangan percaya pada nombor kalau kaedahnya dan penafsiranya merapu...tetapi percaya lah 1+2=3 kalaupun orang lain kata 4-1=3. Awas Kaki Auta malah penyesat/penipu berkumpul. PRN Serawak pun menang 55 kerusi.

Kita jangan bersikap seperti yahudi walau diberi apapunbukti Allah mereka tidak  pernah percaya dengan beribu-ibu alasan :

Dalam kekalutan politik di Malaysia ni..dengan kebesaran kuasa Allah diberi peluang untuk orang melayu menyatakan sikapnya melalui undi, secara berturutan dan syukur kepada ketentuan Allah memenangkan BN. Merimau dan Kerdau

PAS dan UMNO diuji sebelum menghadapi PRU13 antara memilih BN atau PR.
 

www.myatiq.blogspot.com