12345

Aku tertarik dengan soal Aluminiti bukan kerana apa. Tetapi aku terpikir juga sekiranya kesan dari pergaulan diantara mereka dengan umat Islam sedikit sebanyak boleh membawa masaalah. Kita amat lemah dan juga mungkin sambil lewa bila bersahabat dengan mereka mereka yang sememangnya ada satu pembawaan dalam hidup mereka. Misalan kita sahaja pun sentiasa mahu idea kita diterima oleh orang lain walaupun menyedari idea itu tidak kemana jika tidak didorong oleh sesuatu yang besar dan berkuasa. Akhirnya kita terperangkap disitu. Aku terfikir bermegah-megah itu bernilai kepada mereka yang lemah untuk memperlihatkan itulah perjuangan mereka yang akan ditakuti lawannya. Apakah yang diharapkan mereka? Kalau bukan itu.
Cuba perhatikan gambar di atas..? dan lawati blog ini yang menyatakan sekadar ingin tahu sahaja.

MALAYSIA DAN UNSUR FREEMASON
Dan jangan terkejut jika pada struktur binaan dan landscape putrajya, mengandungi unsur yang menyansikan. Mungkinkah ia ada kaitan dengan Anuar Ibrahim yang menjawat Timbalan Perdana Menteri dari 1991-1998 dan juga selaku Menteri Kewangan?

Unsur ini juga dikatakan terterap di pusat pentadbiran Malaysia Putra Jaya yang dirancang dan di bina 100% oleh syarikat Maaysia semasa Anwar Ibrahim menjadi Timbalan Perdana Menteri (1991-1998) dan juga selaku menjawat Menteri Kewangan . Gambarnya dapat dilihat dengan melayari blog greenboc berikut.

----------------------------
Semasa bertenet ada terlihat dua gambar seakan sama tetapi sedikit kelainan sudut dan berbeza waktu 10+ minit.Kedua gambar ini disiarkan dalam dua blog berlainanan arus. Dari kedua gambar itu mari kita bermain andaian dan aku mulakan k.
Blog ini tidak bermaksud untuk menjawab soalan samada kejadian sembahyang dua imam berlaku dan menjadi punca kemarahan Sultan Johor, tetapi sekadar ingin memaparkan suasana kita sekarang sukar mencari kebenaran.

Gambar 1 dan 2 menunjukkan satu kejadian orang sembahyang secara berjemaah disebuah mesjid diwaktu siang. Soalannya adakah ia menceritakan satu kejadian yang sewajarnya menurut pandangan Islam ?

Gambar 1. Memaparkan Seorang di atas sejadah (biasanya begitu untuk mengimamkan sembahyang fardhu di mesjid/surau) sedang berdoa dan di ikuti makmumnya disebelah kirinya (Perhatikan tangan mereka yang sedang berdoa/mengaminkan doa). Disebelah tengah/belakang pula seorang sedang bertahiyat akhir bersama makmumnya.



Gambar 2 menunjukkan satu lagi sembahyang berjemaah baru bermula (takbir ihram)di belakang sesaorang(Imam), dan sekelompok orang yang sudah tunaikan kewajiban dan ada termasuklah juru2 gambar.
Kedua gambar ini menjelaskan gambar 2 lebih dahulu diambil dari gambar 1. Apa yang penting perbezaan masa kedua gambar itu diambil  boleh menggambarkan suasana yang berlaku.Orang kata gambar menceritakan lebih dari kata/tulisan!. Kelewatan, Sembahyang fardu, Sembahyang jamak boleh memberi sebab dan alasan kejadian tersebut. Namun rasanya ada mereka berkeadaan menunggu imam lain, semasa Imam sedang mengimamkan jemaah dan adalah kelakuan sangat mengaibkan. Begitu juga kalau diri sedia maklum akan dijadikan imam tetapi tidak bergegas menjadi makmum kepada Imam yang sedang ada, hanya akan mentarbiah orang lain kepada sikap tidak baik. Mungkin sembahyang jamak dan mempermudahkan pengurusan dan..dan..dsb.. dan yang jelas kurang cerdik dan beradab mengambil tempat ditengah mesjid  senghinggakan memencilkan imam lantaran makmum lain terpaksa memberi laluan.
Namun apa-apalah sahaja jika sememangnya itu yang dikehendaki. Jika gambar 1>2:qasar/jtakdim?
lawati web ini

www.myatiq.blogspot.com