Politik Aku

Otai Tensen
Semakin lama semakin 10sen malah meluat giler dengan suasana politik di tanah tumpahnya darah ibu yang melahirkan aku ini. Entah kenapa? Mungkin aku bukan orang yang mempunyai semangat jati-diri untuk memperjuangkan sesuatu dengan slogan-slogan "biar putih tulang daripada putih mata..kalau genggam bara biar sampai jadi abu...alang2 celok perkasam biar sampai kepangkal lengan..." itu belum lagi dicelok2 dengan seruan jihad dsb. SEPATUTNYA SEMAKIN OTAI SEMAKIN OK!!! Ikut sunatullah. Semakin aku tak bertenaga dan semakin nyayuk..hehhehehe..aku perlukan kereta baru siap ada driver..mengganti kereta terpakai yang aku sendiri dribar. Sebelumtu aku pakai motosikal je sebab boleh rempit dalam hujan dan panas. Itupun bila aku gantikan basikal masa sekolah rendah. Dulu masa tiada basikal aku terror berlari dan jalan kaki siap skodeng dan panjat pokok buah2an. Steady sahaja dan berlapang dada  jika boleh menurut apa yang tuhan sudah aturkan untuk kita. Aku tensen sebab sekarang tua-tua terasa macam naik basikal jer..penyakit parkiston( abende ni...malas nak rujuk .ala sakit ketar2 tu lah) semakin menjolok mata dan membahayakan diri dan orang lain pulak nanti.

Berpolitik
Walaupun kureng ada jati-diri jangan kata aku tak ada pendirian dalam soal-soal ini. Kerana itulah aku jadi 10sen sepenuh jiwa dan raga.Punya banyak partai-partai di Malaysiani..adalah dua tiga yang hampir-hampir disesuaikan kepada kelahiran diri aku didunia dikoordinat dalam sempadan negara Malaysia ini.Dianugerah oleh Allah Kelahiran berbangsa Melayu yang automatik berugama Islam. Inilah identiti Allah kepada aku.Manakala Malaysia mengiktiraf aku sebagai warganegara yang berstatus bumiputra yang layak selayaknya bergelumangan mengikut apa yang telah dan akan dimaktubkan..he heh merdeka!!!!!Jadi aku bebas nak undi partai yang aku suka;bukan suka2 dimasa pilihanraya. Apochooot..rahsia!..tapi tak rahsia kalau aku lebih2. 
Ditulis pada 1111  
Rasa Hati
Zaman sekarang dengan kemudahan yang ada dikeliling, kadang kala rasa macam nak tak hendak sahaja mencapai sesuatu.Begitu juga hal politik orang Melayu ni macam barang main-main, dan kita seperti anak-anak kecil memperlakukan barang mainannya sedemikian adanya yang boleh hancur. Aku merasakan tidak kepada orang lain, politik dijadikan barang makanan demi kehidupanya.Adakah bila kita memperjuangkan untuk beranggapan yang sama menyalahi aturan yang ada.Di Malaysia semua orang Melayu, hak orang Melayu adalah berlindung dibawah agama Islam yang sedia, dan dijadikan Agama resmi. Begitu juga sandaran kepada Yang di Pertua/Raja dan Agong sebagai ketua Agama Islam betul pada letaknya.Persepsi apakah yang membuat aku menjadi semakin meluat?

Kemenangan
Disahkan bahawa UMNO menang dalam PRK Tenang.PAS melalalui calonnya Cikgu Normala menerima kekalahanya tersebut. Semasa musim berkempen, berbagai isu di keluarkan untuk merebut undi bagi setiap mereka yang layak.Sebenarnya pertembungan UMNO dan PAS bukan sekali dua, tetapi amat panjang waktunya. Kedua partai membawa perjuangan masing-masing yang inginkan Malaysia Maju Kahadapan, berlandaskan Islam sesuai dengan anutan mereka. Bagi UMNO mempertahankan Melayu seperti yang ada didalam perlembagaan adalah relevan dan berpijak pada kenyataan. PAS pula merasakan Islam yang digarapnya adalah praktikal untuk sandarkan sebagai jihad dalam perjuanganya. Soalannya apakah nilai jihad pada perjuangan UMNO berbeda atau tidak ada langsung? Mungkin juga orang Melayu terutama UMNO takut kepada 'nilai' tersebut memakan dirinya.Tidak seperti PAS yang menyangkakan tuhan amat bermurah hati menghalalkan kepada setiap yang mereka  difikir/lakukan jika di atas nama PAS.

Siapa Menyambung Dengan Kemenangan PRK ini.

Manusia tak kira bangsa, jantina, pangkat akan meninggalkan dunia ini satu persatu.Mereka yang beriman tentunya meninggalkan sesuatu untuk disambung perjuanganya yang terhenti. Manusia merancang tetapi maha suci Tuhan Dia lah yang menentukannya.Masa yang terdekat ini kita semua akan terdedah dengan keputusan PRK di dua tempat di Malaysia. Diatas nama politik dan demokrasi: Merlimau dan Kerdau akan mendapat Calon demi mewakili rakyat melalui pengundi yang bertanggung jawab ke atas negeri dan negaranya.Sama-sama kita lihat dan nantikan. Bagi aku Malaysia tetap negara aku.Tolong! Tolong! siapa nak tolong ni?

Nota: Nukilan perasaan.Tulisan ini hidup selagi aku hidup! Jika membacanya atau terbaca; anggap saja aku seorang yang pernah jadi warga Malaysia.Tapi terbuka dengan kritikkan.

No comments:

Post a Comment

www.myatiq.blogspot.com