21.2.11

Atmosfera terdiri dari 7 lapisan bermanafaat

'Hairan jua jika kita berfikir secara hanya dengan apa yang kita ada'. Melalui sensor2 yang ada maka lahirlah ilmu sains bersama teknologinya untuk kehidupan yang semakin mencabar ini. Jika kita dan ilmu yang ada sekarang ,dapat kembali ke zaman lepas sudah pasti kita dikenali sebagai ahli sihir dalam masyarakat itu. Keanihan-keanihan dimata mereka terhadap kita mungkin membuat diri kita merasakan sebagai tuhan kerana boleh mengubah sesuatu keadaan kepada mereka yang bodoh itu. Semakin jauh perbezaan ilmu mereka dengan kita  maka semakin mudah kita berkelakuan begitu.
Dalam dunia yang nyata  keadaan gambaran diatas tidak mustahil berlaku dan terus berlaku selagi manusia tidak memperdulikan “masa" dimana ia akan ketinggalan  disebabkan oleh perkara-perkara yang dipenuhi dengan nafsu semata-mata. Namun orang Islam telah diberikan panduan sejak Islam disempurnakan oleh Nabi Mohammad SAW supaya sentiasa berwaspada melalui sikap sederhana dan memperkatakan kepentingan ilmu lebih dari yang lain.


Pada Al-Quran jika dikaji, beberapa ilmu yang terkandung didalamnya menempelak sikap orang yang angkuh dan menyukai memperbodohkan manusia yang lain. Ayat-ayat yang terkandung memberi motivasi kepada para ilmuan islam ( tambah yang mempunyai akses ) dan umatnya secara am agarbertanggung jawab untuk menyedari hal ini.Kenapa kita selalu dirugikan  sebegitu rupa.

Atmosfera dan Al-Quran

Dialam nyata yang kosong pepejal bumi bergerak laju dengan dibungkus oleh udaranya tanpa terhakis.Ia sentiasa di anugerah dengan tambahan tenaga matahari  supaya tenaga itu berlegar sesama kita untuk memakmurkanya bumi ini.Itulah tujuannya dan manusialah khalifah  yang diamanahkan supaya  tidak merosakkan nya melalui tanganya sendiri.


Pembungkusan bumi dengan Atmosfera adalah untuk banyak tujuan.Dari membekalkan oksigen,memanaskan dan keselamatan kebakaran(Karbon dioksida,Nitrogen), edaran air yakni hujan, melawan ultra violet dan serangan mateor, hingga kepenggunaan komunikasi dll.Ada  7 lapisan yang terl ibat mengikut ketebalan dan kesan kegunaanya kepada manusia. Lapisan itu terdiri dari
Troposfera, Stratosfera, Ozonosfera, Mesosfera, Termosfera, Ionosfera dan Eksosfera


Bukankah perkataan “langit" yang kerap ddi Al Quran banyak merujuk kearah langit bumi dan alam semesta? Allah ada menyatakan dengan terang:
"Dia-lah Allah, yang menjadikan segala yang ada di bumi untuk kamu dan Dia berkehendak menuju langit, lalu dijadikan-Nya tujuh langit. Dan Dia Maha Mengetahui segala sesuatu. Q2:29


"Kemudian Dia menuju langit, dan langit itu masih merupakan asap. Maka Dia menjadikannya tujuh langit dalam dua masa dan Dia mewahyukan pada tiap-tiap langit urusannya.Q41:11/12

No comments:

Post a Comment

www.myatiq.blogspot.com