18.2.11

Hari Jumaat ( Friday)

Hari Jumaat merupakan hari ke 5 dalam kalender Islam. Ia dari bahasa Arab yang bermakna banyak/ramai. Hari ini hari berkumpul menunaikan sembahyang jumaat untuk menggantikan sembahyang zohor.


  • 1. Hari akan terjadi hari kiamat. yang dinyatakan oleh N SAW melalui hadis riwayat Muslim
  • 2. Hari dimana Nabi Adam diciptakan dan juga disingkirkan dari syurga. Begitu maksud kata Nabi SAW melalui hadis riwayat Abu Hurairah.
  • 3. Jumaat merupakan Penghulu segala hari disisi Agama yang  meletakkan ia sebagai yang utama (Saidul aiyam) dari hari-hari lain seperti yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah.Bagi mereka yang menunggu menunaikan Sembahyang Jumaat boleh bersembahyang sunat berkali-kali sehingga katib naik ke mimbar tanpa ada tegahan. Manakala dihari lain adalah ditegah sewaktu lepas subuh hinnga matari naik setinggi anak panah. Dilarang juga semasa matari benar-benar di atas kepala. Sila rujuk perkara makruh tahrim mengikut Fuqaha Syafi'iyah.
  • 4. Pada hari ini semua penghuni alam barzah akan selamat dari fitnah kubur .Telah disabdakan oleh Nabi Mohamad. Imam Sayuti menyatakan semua roh orang Islam berkumpul dihari jumaat, selamat dari seksaan kubur. Bagi yang mati  Jumaat akan selamat dari seksaan kuur dan api neraka tidak menyala dan hari bagi penghuni syurga mengadap Allah.
  • 5. Kebaikan dengan memotong  kuku untuk kesihatan dan Keselamatan . Diriwayatkan Ibnu Masud
  • 6. Makbulnya doa di antara dua khutbah. Bagi mereka yang menunaikan sembahyang Jumaat sebagaimana tafsiran hadis riwayat Abu Hurairah.

No comments:

Post a Comment

www.myatiq.blogspot.com