25.2.11

MENGACAU2 BLOG SENDIRI DENGAN DEBARAN


Sehari lepas; aku ambil masa kerana nak ubah blog aku. Entah kenapa berdebar-debar juga sebab apa yang aku buat sekadar merapu dana sahaja. Pertama aku on komputer dan aku sama en.google curi gambar-gambar dan terus mengedit2 dan ubahkan saiz nya. Aku menggunakan GIMP 2 sepenuhnya untuk open/new/save/as-crop/cut layer by layer dll. Setelah itu aku upload semuanya kat 'www.freeimagehosting.net' dan ambil link nya tampal di notepad. Pastu lodgin kat blog dan tampal link-link yang perlu ke notepad tu jugak. Rasa macam  tensen nak habiskan koje tu. Rehat sekejap dan buat apa-apa yang patut. Waktu semasa tu otak mula fikir-fikir apa nak buat selepas ni..Ho hoo ho kalau mak mentua lalu pun tak sedar.!! Buka notepad dan mula buat HTML cinonet yang nak aku guna nati. Ada 9 gambar yang aku nak linkkan dengan perkara yang ada dalam LABEL. Maknanya nak tukar ler dari perkataan huruf dengan gambar-gambar kecil saiz 80x60 tu. Aku rasa ok dengan kelebaran sidebar tu dan sedikit ruangan 1px berlatarkan kolor..itu jer ideanya asalnya. Cadang nak terus jer koje, nasib baik ler ada hamba Allah nak pakai aku. Aku pun mengalah ler.
Pertamanya aku download template asal aku. Mana tau terjadi apa-apa! Setelah itu aku terjah je tag HTML tadi ke dalam 'tambah alat' di 'papan pemuka' tu. Bila cek tengok kat blog ..jeng! jadi pulak tu. Tetapi lain aku letak, kelain pulak dia pegi. Macam tak setabil pulak. Dah ler seketul-seketul kuar. Aku rasa cookies atau chace punya koje. Alang-alang aq mengacau aku kacau terus. Teringat ada pengunjung kata blog aku tulisanya kecil dan payah dibaca. Apa lagi..aku kasi besar siout! Mak tuan jadi panjang berjela lak memenuhi ruang di monitor jadinya . Ah kasi pendek lah dengan hanya satu posting jer satu masa. Untuk tu aq ganti post dari 5 ke 1 dan buang 'read more' nya jika ada. Terpendek lak bila di ganding dengan link2 blog yang aku follow tu. Eh eh aku panjangkan sikit dengan tambah Withlink di bawah posting. Ho Hoo bila tengok kat blog  ..semacam jerk jerk rasanya. Lambat gila! Aku cube edit balik. Eh si pengedit lak merapu. Macam hang tak hang jer. Kalau di bahagian edit catatan tu ada nota @#!**&???? tanda masaalah. Aku cuba pakai Internet explore, Crome dan Opera ok pulak. Pening juga hal ini. Cuba restart pun tak selesai; maka dengan marahnya aku uninstall firefox tu.Kasihan dia! Selepas restart aku download dan install firefox beta 10 tu balik. Percaya tak semua kembali ok. Sebenarnya itu pengalaman kali kedua berlaku kat aku. .bersambung.Dulu yang pertama kali terjadi>kelam kabut juga. Ada perasaan nak buat blog baru!! Aq gi google..masuk forumnyer..kirim email tq bila ada jawab baik kat forum tu. Cuba browser lain! bla bla! Aku pakai IE ok. Entah macamana aku tukar firefox 3.6 ke beta dan ok lak!
Oh! ..tentang kerja buat aku: aku nak cerita sedikit lagi..Tentang tanggung jawab! Tak sangka pulak bila membuat blog ni> bila blog dah ada orang singgah terasa pulak nak elokkan ia. Bukan nak menunjuk2, tetapi terpikir kalau aku singgah kat blog yang bermasalah dengan aku memang aku tak berapa nak singgah lagi . Masaalah apa tu.? Banyak juga bila aku fikir-fikir. 1. Lambat aksesnya. 2. Lagu tak menarik dan sesuai dengan jiwa.. ini bagi aku perabis bandwith aku jer. 3. Bahasa yang tak jelas dan susah nak faham  macam blog aku kah kah. 4. Terpusing-pusing di situ macam orang sesat. 5. Lain orang lainlah ya. Semasa aku ubah-ubah blog; itu yang aku rasakan, kita ni ada tanggung jawab untuk mencuba2 dan berharap supaya orang lain senang dengan blog kita tu. Tapi aku terima lah pandangan susah nak memuaskan semua hati orang, dan setiap orang mempunyai kebebasan pada blognya. Jadi aku tak kisah kalau blog aku merapu begitu. Bagaimana pun aku menghormati tuan-tuan semua. Mari singgah buat macam rumah sendiri. Nak memasak lagi sedap pun tak apa. 

No comments:

Post a Comment

www.myatiq.blogspot.com