11.2.11

Salam Menyalam

Waktu sekarang budaya salam menyalam jarang dilakukan secara sedar. Pertemuan dengan lirik mata dan mulut tidak dijalin dengan ucapan yang diajarkan oleh  Nabi Sallallahu alaihi wassalam seperti hadis yang diriwayatkan oleh al Imam Abu Daud, bermaksud "Daripada Abu Hurairah katanya : "Apabila kamu bertemu dengan saudara kamu (sesama Islam) berilah salam keatasnya " Hukum nya adalah sunat dan kepada penerimanya adalah wajib. Ucapan salam boleh di jalinkan lagi dengan perbuatan bersalaman. Semua ini membawa kepada sebuah masyarakat yang berpadu dan penuh persaudaraan. Di Malaysia perbuatan ini masih boleh kita lihat dan menjadi satu budaya di pertemuan pertemuan majlis dan sebagainya. Ia dilakukan samada antara sesama gender atau tidak, berlainan bangsa dan agama.
Sekiranya kita memahami dan menghormati keperluan, agama Islam meletakkan sedikit syarat perbedaan ia antara Ucapan sesama Islam atau bukan Islam. Begitu juga perlakuan bersalaman antara Muhrim atau tidak.
Secara umum ia memberi gambaran  manusia perlu kepada mengenali dan sedar keatas keislaman dirinya. Tentu setuju kalau dinyatakan budaya dan amalan ini semakin kurang dipertimbangkan kepentingannya dalam kehidupan.
Jika ingin mengetahui hukum-hukumnya lebih boleh ke brunet.bn

1 comment:

  1. hmmm.. sokong.. 1st time aku jumpa gambor nie..
    mana dapat?

    hmmm.. gambo najib salam takde ke?
    gambor rosmah sembam chong wei ke dadanya?
    gambor rosmah laga pipi dengan salman khan?

    ke berdua tu maksum..
    dihalalkan segala-galanya?

    ReplyDelete

www.myatiq.blogspot.com