2.3.11

Minum Kopi berharga $79.00US secawan di London

Kopi luwak merupakan kopi hasil dari  bijian kopi robusta(arabica coffe bean) yang istimewa dan berharga mahal.  Kopi ini di usahakan di kepulauan Sumatra, Bali, Java dan Sulawesi. Di Timor Timor di panggil kafe laku, Di Philipppines di gelar kopi motit, manakala di Vietnam dinamakan ca phe chon. Kopi itu sebenarnya datang dari satu punca ia itu daripada  najis sejenis musang famili Viverridae . Secara amnya Sumatra adalah pengeluar utama kopi ini.

Kopi Luwak dikatakan bermula dari industri kopi Indonesia diawal kurun 18 lagi. Kopi dari Yaman diperkenalkan dan ditanam secara besar-besaran dimana biji kopi dari najis musang ini telah di proses dan mempunyai aroma yang di gemari hingga sekarang. Harga kopi ini sentisa mendapat harga semenjak di zaman kolonil Belanda.Kini di angarkan seramai 10k petani terlibat mengusahakan kopi luwak di Indonesia.

Perkataan “Luwak” merupakan panggilan kepada sejenis  musang yang memakan pelbagai serangga, mamalia kecil dan buah2an. Ia juga memakan buah kopi yang telah merah, tetapi tidak dapat menghadamkan sepenuhnya  bijiyang ada didalamannya. Para petani mengumpul najis yang terdiri daripada bijian kopi ini. Di percayai enzim di perut (proteolytic) haiwan ini meresap kedalam  buah kopi lalu berkaku perubahan kandunganya  menjadi peptides ringkas kepada asid amino.Setelah dibasuh dan di jemur di bawah matahari ia akan di panggang sedikit , tidak  atau sedikit sahaja menggunakan caramel gula dan beberapa rasepi lain menyebabkan  aroma kopi ini sangat istimewa. Biasanya ia dibancuh cair dan jika Kopi aisnya  didapati tidak menyamai seperti kopi ais biasa.

Jumlah pengeluaran kopi luwak adalah rendah menyebabkab harganya di pasaran amat tinggi . Ia dijual diantara US100-600 setiap 1pound.Kopi dari vietnam dijual pada harga sehingga US3000. Biasanya para pekedai Jepun dan Amerika menjualnya dalam bentuk hidangan cawan.Di Australia harga secawan mencapai US46 dan di London sehingga US79.
Catatan:Menurut Persatuan pengeluar kopi Indonesia, biji kopi Luwak dijual pada harga AS$500 (RM1,600) setiap kilogram (kg) dan hanya 200kg dihasilkan setiap tahun di seluruh dunia. – AFP

Adakah Haram Meminum Kopi Luwak?
Beberapa pendapat pribadi mengaharamkan kopi luwak diatas alasan biji kopi tadi telah diresapi oleh najis itu sendiri.
Pada Julai 2010 Suruhanjaya Fatwa MUI melalui kenyataan setiausahanya,Aminuddin Yakub pula memberitahu, MUI telah melakukan kajian dan memutuskan:
Kopi luwak di hukum halal diminum dan dijual belikan. Yang dikatakan najis musang itu hanya berupa biji kopi yang dikotori oleh najis maksudnya di kategorikan sebagai mutanajis, dan halal dimakan apabila dibersihkan. Begitu juga ia datang dari haiwan musang yang halal di makan.
Sebuah Firma Gainesville Florida , melalui kerja University of Florida telah mendapat lesen mengeluarkan Kopi Luwak yang mana tidak melibatkan pencernaaan haiwan sama sekali di kenali sebagai"Coffee Primero" dengan harga yang setanding dengan harga kopi biasa.
--------
Bagaimana ada kesamaan sensasi dengan "Durian Gajah" ?. Ia adalah durian yang telah di makan oleh gajah dan di nyah cerna selepas tempoh anggaran 4 jam selepas memakanya. Laporan 22.10.2010 oleh New Strait Times menyatakan terdapat dikalangan masyarakat jakun mengikuti gajah-gajah ini apabila ada permintaan dari para pengusaha balak yang sanggup dengan harga mencicah RM1000 untuk durian istimewa ini. Menganggap durian ini bersih dari kotoran, mempunyai ciri pencetus sex dan mengakui najis gajah itu sendiri mempunyai bauan tea dan tidak menyengat hidung menjadikan ia jadi rebutan.


No comments:

Post a Comment

www.myatiq.blogspot.com