22.5.11

POLITIK CACAI DI MALAYSIA?

Semasa aku duduk2 tak ada kerja
Terlintas beberapa pemimpin BN di kalangan Umno berceramah. Fokus menyuruh rakyat dan ahli merapatkan diri untuk kelangsungan hidup di Malaysia. Wah dalam memenuhi kehidupan sebagai orang biasa2 sahaja, merasa keperitan hal dunia, menyelit diri dalam saf2 supaya dijauhi ini.para syaitan, meniti wajah anak2 kecil tidak tahu bahasa tertanya juga aku, adakah aku akan mengubah nasib dengan makanan retorik yang diberi oleh penceramah ini.? Atau apakah aku yang sengaja akan menontun penceramah ini seperti apa yang ia mahukan. Isinya sekadar keselamatan dan keutamaan kesinambungan hidup yang sekian telah berada di wilayah yang merdeka ini. Tawaran politik yang telah mematahkan corak penjajah keatas negara. Tawaran kontrak sosial keatas nilai tubuh dan sendi2 kudrat jasad dan rohani Malaysia paling ampuh. Tawaran Beban menanggung memantapkan dan mempertahan apa yang telah diresmikan sebagai satu harta warisan di sepanjang era yang berkembang ini. Terasa amat membosankan aku dan tersintak bila terlintas mereka2 yang begitu gah memaparkan diri mereka menyebabkan aku kelihatan amat sepi-bodoh dan daif mengisi kemerdekaan. Lintasan penceramah pembangkang mengalih hati ini. Mereka membuat aku seperti seorang yang boleh menjadi pejuang keadilan. Memberi harapan menghambat semua masalah aku yang mestiya bukan kesaorangan. Keperkasaan mereka jelas tergambar dengan banner segala keburukkan yang ada.Perjalanan dan tuntutan yang diisi pada kemerdekaan tenggelam dalam lautan kerakusan nilai negatif di setiap segi. Keadilan, Islam dan agama, sosial, bangsa, budaya , ekonomi atau apa sahaja diperkatakan sebagai jarak perbedaan diantara kedua pihak ini. Unsur2 andaian dengan sedikit fakta yang selari denganya memberikan kelebihan andaian2 itu lebih di yakini. Ini menarik jiwa aku dan banyak lagi sebagai insan yang kesepian dalam memenuhi kehendak sebagai orang yang hidup dan ingin memiliki tanggung jawab semasa. Pengisian dan gerak kerja perjuangan oleh pembangkang dirasakan amat banyak boleh dicari dan mudah jika ingin dimeriahkan sebagai hamburan harapan. Kini aku yang berasa bosan, sepi-bodoh dan daif dalam mengisi kemerdekaan termangu dengan sebuah lagi pengisian perjuangan hidup penuh meriah di luar sana. Apakah benar Islam merupakan agama penyelesai jika kembali kesana? Benarkah UMNO dan PAS sebagai parti yang menuju kearah tersebut? Di dalam kesatuan negeri disebuah negara seperti Malaysia ini apakah pilihan kita yang ada selain darinya.

No comments:

Post a Comment

www.myatiq.blogspot.com