15.2.11

Mengubah Sejarah Manusia Malaysia?

Pada sejarah dinyatakan cara manusia berkehidupan bermula dari julat-julat zaman antara 40k tahun dahulu.
Bermula (40k-35k-10k-5k)Sebagai zaman Batu Awal,Pertengahan dan Baru.Sejarawan memperkenalkannya dengan istilah Zaman Paleolitik,Mesolitik dan Neolitik.


Kemajuan dengan penggunaan logam hanya bermula 2.5k.


Di Malaysia Penyelidik mengandaikan satu tiori pergerakkan manusia Melayu Protto yang berupakan pelaut dari Yunnan (penyelidik telah menjumpai satu fosil homo erectusmenerusi yang berumur 170G tahun di Yunnan menjadi asas pergerakkan manusia ke nusantara ) mengguna saliran Sg.Mekong ke Laut Cina Selatan 10k lalu terus ke Benua Australia.Ini diikuti pula Melayu Deutro disekitar tahun 1500 SM.Andaian ini disokong oleh R.H Geldern, J.H.C Kern, J.R Foster, J.R Logen, Slametmuljana dan Asmah Haji Omar.


Di Malaysia beberapa rangka manusia dizaman pra sejarah telah ditemukan. Yang terkenal ialah Perak Man (10k-11k) dan Perak Women (8K) di dalam gua di Lenggong.Mereka dikatakan manusia asal dan sekarang dikenali sebagai orang asli.Penyelidikkan dijalankan oleh Malaysian Archeological Research Centre USM.
sumber

Andaian di atas mungkin akan berubah jugakah?; bila baru baru ini terdapat satu jumpaan di Bukit Bunuh Lenngong. Ia merupakan tertemunya beberapa artifak dianggarka 1.8G tahun yang menggambarkan satu masyarakat yang tidak berpindah randah seperti dianggap sekarang. Ini pendapat yang diberikan oleh Pengarah Pusat Arkeologi Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. Mokhtar Saidin.
Taburan batu jenis suevite disana juga saakan kawasan itu pernah  dihentam oleh tahi bintang.
Lebih menakjubkan, penemuan ribuan batu jenis suevite yang berselerakan di kawasan itu menunjukkan kawasan tersebut pernah menerima hentaman tahi bintang jutaan tahun lalu.
Penemuan artifak kapak genggam diperbuat daripada batu yang berusia 1.83 juta tahun merupakan bukti kukuh bahawa manusia zaman tersebut sudah hidup menetap di satu kawasan.
Wallahualam : Yang pasti Manusia berasal dari keturunan Nabi Adam dan Hawa. Semua manusia yang yang ada sekarang dijadikan berbanggsa-bangsa untuk saling kenal mengenali. Mereka disesuaikan/disempurnakan dengan persekitaran masing-masing untuk membina keharmonian mengikut agama Allah. Mereka diberi akal bagi membezakan baik dan buruk untuk berhubung dengan diri,orang lain dan Allah...lagi dan lagi...sampailah kiamat.

No comments:

Post a Comment

www.myatiq.blogspot.com