22.5.11

Tanah Runtuh Meragut 16 Nyawa Anak Yatim

Satu kejadian tanah runtuh(gelinciran) dihadapan Pertempatan Penghuni Rumah Anak Yatim Al-Taqwa dan Madrasah Baitul-Taqwa di Batu 14,Hulu Langat telah terperangkap dan tidak dapat melarikan diri lalu menimbus 25 anak yatim dan telah mengambil korban 16 daripadanya. Ia berlaku pada jam 2.15 tengah hari dimana mereka sedang menjalani latihan nasyid dan kompang serta menghias di dalam dewan makan yang tertimbus sepenuhnya itu. Di maklumkan satu majlis menerima sumbangan derma bersama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) dijangka berlangsung pada pukul 5 petang itu.  
Kejadian pergerakkan tanah ini berlaku akibat hujan pada waktu malam sebelumnya. Kerja menyelamat juga dibuat didalam keadaan pergerakkan tanah dikatakan masih berlaku.

Seramai 754 anggota terdiri dari PDRM' Bomba dan Penyelamat' JPAM' SMART' Tentera' PANTAS PGA dan St. John mengambil masa kira-kira 15 jam untuk mengeluarkan kesemua 25 mangsa yang tertimbus dalam kejadian tanah runtuh itu. Ia bermula sebaik menerima laporan pada 2.45 petang hingga melarut ke pukul 5.05 pagi selepas mangsa terakhir ditemukan. Bagaimana pun kerja diteruskan pada jam 8.00 pagi untuk memastikan kerja penyelamat memuaskan semua pihak. 

Setakat ini huluran Bantuan RM10k setiap mangsa yang meninggal dan kos rawatan perubatan oleh kerajaan telah dijanjikan. Terdapat 6 penghuni dimana 2 diletakkan di dalam ICU di Hospital Ampang dan kedua nya terpaksa dipotong sebelah kaki mereka yang cedera teruk. Kita percaya banyak bantuan dan sokongan moral akan diterima selepas ini.Kerajaan Negeri P.Pinang turut mengumumkan RM1K kepada setiap 25 mangsa terlibat. Tabung Bencana Media Prima menyumbang RM50K meliputi bencana tersebut....
Tujuh daripada 16 mangsa tanah runtuh selamat dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Dusun Nanding.Manakala sembilan lagi sudah dituntut oleh keluarga masing-masing. Al-fatihah.

Apa itu Tanah Runtuh? 
Kawasan di bawah lereng mudah mengalami kejadian tanah runtuh akibat keadaan yang tidak stabil.Keadaaan semula jadi (gempa dan hakisan) atau aktiviti manusia(Penarahan bukit perlombongan dan pembangunan)diantara penyebab.Permulaan pergerakannya juga boleh berpunca dari gegaran gempa bumi, letusan volkano atau pengaliran air bawah tanah. Ia adalah proses semulajadi di mana tekanan menyebabkan bahan tanah perlu bergerak untuk mengalami penstrukturan semula supaya menjadi lebih stabil. Biasanya pergerakan tanah ini dibawa olih agen pembawanya seperti air. Hujan biasa dikaitkan dengan kejadian ini di Malaysia. Kawasan bertopografi cerun lebih berisiko mengalami kejadian tanah runtuh akibat ketakstabilan cerun berbanding kawasan yang agak landai dan rata. Walau bagaimana pun, risikonya seringkali sukar diramal dan dielak oleh manusia. 
 Fenomena ini boleh mengakibatkan kemusnahan insfrastruktur, pengangkutan dan merosakkan penempatan manusia. Terdapat pelbagai faktor dan contoh kejadian tanah runtuh yang sentiasa dikaji oleh ahli sains. Kajian yang lebih mendalam dan kesedaran di kalangan masyarakat perlu sentiasa diteruskan bagi mengurangkan kejadian tanah runtuh daripada berlaku dengan lebih teruk lagi.  
  • Seperti yang diperkatakan oleh oleh penjawat Jabatan Kerja Raya kejadian tanah runtuh atau pergerakan tanah ini mempunyai amaran 2 awal yang perlu di diambil perhatian untuk penilaian disegi keselamatan. Kecondongan pokok keretakan struktur bangunan pengaliran air keluar termasuk keguguran kelikir dsb sebahagian daripada tanda2 awal tersebut. Tanda2 iniperlu diambil serius dan tindakan menghindar kawasan itu perlu diambil segera.
  • Penarahan bukit di tempat  terlibat juga melepasi 70 darjah (kecerunan melampaui). Berhampiran sekitar juga menandakan cerun nya yang mengalami pergerakkan nyata. Malah di beritakan ada berlaku golekkan kelikir batu terjadi dan telah dibersihkan untuk diguna kembali.Diburukan lagi terdapat kolam ikan tinggal 200meter di atas dari tebing yang runtuh itu.

1 comment:

  1. al-fatihah...anyway,good entry..indeed,we care n we concern..keep it up..

    ReplyDelete

www.myatiq.blogspot.com