13.2.11

"golongan baik dan jahat sampai kiamat pun tidak boleh bersama"

Tajuk diatas itu berupa satu slogan yang selalu di warwarkan oleh sesiapa sahaja yang amat beromosi kepada lawannya. Yang pasti lawannya diperkatakan sebagai golongon yang buruk, dan meletakkan dirinya sebagai golongan yang terbaik. Ketikanya suasana akan mengendurkan segala uraf saraf dengan perlepasan kesumat yang ada. Secara tidak sedar melupakan keadaannya yang berputus asa dan menanam kebencian tiada penghujungan antara dua pihak. Lihat ini: Syaitan secara gelojoh meyanggah Allah bila Adam akan diturunkan dan menjadi kalifahNya ke dunia. Azamnya untuk menyesatkan manusia sahingga kiamat dijadikan ugutan yang tidak selayaknya di depan Allah hanya sekadar dijanjikan dengan kehidupan yang panjang. Kebiadapan syaitan, sedang ia berkeadaan tahu akan kekuasaan Allah perlulah dijadikan iktibar, kepada manusia. Apakah kelebihan yang Allah bekalkan ialah akal, sebagai tanda kemuliaan daripada makhlukNya yang lain. Dengan penurunan nabi-nabi, kitab dan diakhirkan oleh Nabi Muhhammad dan Quran tidak ada yang menyanggah kemuliaan manusia itu. Oleh itu bagi manusia yang mulia disisi Allah, slogan diatas jelas difahamkan sebagai untuk memperkatakan antara manusia dan syaitan tiada mungkin akan ada titik persilangannya. Bagaimana manusia? Baik atau buruknya mereka adalah angkara syaitan-syaitan ini sentiasa berperanan. Akal yang ada itu perlulah meletakkan manusia sebagai orang-orang yang sentiasa membimbing dan terbimbing hingga kiamat. Tidak ada pemisahan ummat diantaranya. Titik-titik pemisahan tidak perlu harus ada melainkan bagi mereka yang tidak berakal lantaran kesombongan dan sifat mazmummah pembawaan syaitan itu sendiri. wallahualam.

No comments:

Post a Comment

www.myatiq.blogspot.com