13.2.11

IKAN PAUS BRYDE TERDAMPAR

Entah apa ceritanya maka ia terdampar di kawasan pantai Pulau Sayak di Kuala Muda. Badan nya yang sepanjang 12 meter dengan berat  4,000 kg bukan jaminan untuk nya dari menemui maut. Ia terdampar 500 meter dibelakang  Pusat Pengeluaran dan Penyelidikkan Benih Udang Kebangsaan.Kini di jadikan tontonan oleh masyarakat setempat terutama yang belum pernah melihat secara dekat rupa sesekor ikan paus.
Dari pemerhatian paus itu adalah spesies Bryde dimana tergolong sebagai  haiwan terancam dan di Lindungi dibawah Peraturan-peraturan Perikananb1999 dalam pindaan 2008.Ia dipercayai telah mati tiga hari lalu melihatkan keadaannya yang mulai membusuk, manakala darahnya telah pun dihantar ke Pusat Penyu dan Ekosistem Marin Trengganu. Mohd Lazim  M. Saif  pegawai dari TUMEC tulang nya akan di ambil turut menyatakan punca kematian belum di ketahui. Tetapi tidak menolak kemungkinan disesebabkan termakan plastik,botol minuman dan plastik.

Sebenarnya terdapat paus dipersekitaran pantai-pantai malaysia, Di Sabah sekitar Disember 2010 satu spesies Bryde 24 meter  yang mengalami luka dan mati semasa ingin diselamatkan ditemui di Pulau Gaya.
Manakala di Tok Bali Pasir Puteh, paus seberat 2 tan dari spesies Rhino-Typicus 7 meter  tertangkap di kawasan Kuala Besar Kota Baharu.
Anda boleh melihat rangka Bryde (12.2.meeter) yang diawetkan oleh pihak mezium Alam Semulajadi, pada ketika dipamerkan. Ia adalah paus yang ditemukan padafeb 2005 di Tanjung Aru Sabah.


sedikit lagi penerangan





No comments:

Post a Comment

www.myatiq.blogspot.com