9.3.11

Getaran badan dan Warna Warni


Getaran merupakan satu pergerakan secara berulang-ulang mengikut masa dan kelajuan tertentu.Ia berlaku pada semua benda termasuklah samada jirim dan jisim. Berlaku pada setiap unit asas yang membentuk nya seperti atom.

Jika kita fokus kepada gelombang elektromagnet disitu ada komponenya iaitu warna dan cahaya.Satu anggota anugerah Allah, mata merupakan satu peralatan  yang khusus untuk mengesannya.
Mata berfungsi bila  cahaya memasukinya dan dikesan oleh hamparan retina lalu ditafsir oleh otak kita sebagai pengelihatan. Fakanya cahaya  ini terdiri dari warna asas biru, merah dan kuning. Gabungan 2 warna ini akan menghasilkan warna sekunder hijau,ungu dan jingga. Manakala gabungan warna asas dengan warna sekunder menghasilkan warna tertier pula. Sehinggakan dunia ini begitu cantik di pandang. Disenikan lagi dengan  warna neutral  hitam dan putih  dicorakkan mengikut nilai  ton dan kroma nya, gubahan warna , suhu warna dan akhirnya ia boleh  berperanan serta berfungsi didalam sesuatu kebudayaan setempat itu.

Cahaya dan warna itu mempunyai getaran masing masing dan berbentuk jirim, kesannya ia mempunyai nilai tenaga yang berbagai. Getaran yang ada itu boleh sahaja bergabung dengan getaran yang lain disekitarnya untuk menghasilkan getaran baru yang lebih/kurang dari yang asal. Inilah asas hubungkait antara kedua kedua-dua dalam soal pemadanan atau keserasian sesuatu benda dengan benda yang lain.

Bagaimana pun hukum dan aturan fizik diatas bukanlah dasar untuk kita mempercayainya ketepatan segala macam petua-petua yang digunakan seharian. Banyak lagi sebab dan musabab yang perlu diambil kira.

Didalam kehidupan, warna turut mempunyai peranannya serta boleh mempengaruhi perasaan . Misalnya warna berpakaian dan barang perhiasaan, juga mempengaruhi keserlahan dan kejatian diri kita. Seperti yang diperkatakan getaran pada badan kita perlukan kesesuaian dengan getaran cahaya ini. Selalu kita mengaitkan warna kulit, tinggi dan kurus, bulat atau bujur diri kita perlulah diambil kira untuk dipadankan dengan warna pakaian. Begitu juga bersesuaian dengan keadaan dimana kita menghadirkan diri.

Disini bukan lah tujuan membahaskan panduan/petua dsb  dengan lanjut. Apa yang ingin di perkatakan sekadar mencetus minda kita 'kaitan semua yang Allah ujudkan itu berlaku mengikut ilmunya,  yang lengkap dan mampu di pelajari berdikit-dikit.
Dunia juga tidak terlepas dengan  kaitan tersebut pada kehidupan. Salah satu ialah ada kaitan dengan waktu-waktu tertentu  dengan kita. 

Pandangan ini setelah tertarik dengan halaman blog berikut. Ikuti sepenuhnya>>>

No comments:

Post a Comment

www.myatiq.blogspot.com