11.3.11

tsunami dan Mangsa terbarunya Jepun

Dunia kita ini 2/3 adalah terdiri dari air dengan 5 buah lautan sebagai tadahan. Pesisir pantainya sentiasa di hempas oleh ombak laut. Pada ketikanya amat mendamaikan dan menjadi tempat istirehat yang popular. Namun dipesisir pantai ini satu petaka yang dahsyat boleh terjadi. Kesan nya kepada nyawa dan kemusnahan harta benda amatlah besar. Petaka ini boleh berlaku pada bila-bila masa akibat luruan dan hempasan beberapa siri ombak dari laut  yang besar. Kelajuan dan saiz ombak itu boleh mendatangkan daya merusak kedamaian tersebut. Tsunami. 
tsunami berasal dari bahasa Jepun bermaksud 'ombak pelabuhan'. Ia terjadi  bilamana berlaku ketidak stabilan dikawasan atau berhampiran laut akibat aktiviti gunung berapi dan pergerakan plat dasar laut atau hentaman mateor. Ia menghasilkan gelombang besar yang meluru dari pusatnya dan tersebar ke kawasan-pantai. 
 
Kelajuan nya akan menurun apabila sampai dikawasan cetek dimana puncak gelombang itu menghasilkan keadaan banjir besar  serta berarus deras.

Beberapa rentetan tsunami besar yang dialami oleh dunia:
 

2004 - Gempa dilautan India yang lebih 150,000 orang terkorban. Kawasan terlibat ialah Asia Selatan dan Afrika Timur
1998 - Gempa 7.0 di perairan Papua Guinea denga ombak 10m mengorbankan 6,000 nyawa
1976 - Berlaku di Filiphina dengan angka 5,000 terkorban.
1964 - Juga berlaku di Pantai Barat Amerika utara.
1960 - Dengan ukuran9.5 di selatan Chile dengan 3,000 terkorban
1958 - Dicatatkan sebagai tsunami terbesar terjadi di Alaska. Dikatakan gelombang airnya mencapai ketinggian 524 m.
1946 - Berlaku di Alaska berukuran 7.8 dengan ombak 35m dengan kematian 165 orang
1883 - Hasil letupan Gunung Krakatoa Indonesia menghasilkan ombak 35m dan mengambil nyawa 36,000
1755 - Berlaku dengan memusnakan Lisbon Portugal dan Europah 60,000 nyawa.



 
WISMA PUTRA :  03-8887 4570/4770, 03-8889 2746/2830.
TERBARU - 11/03/2011 5:53pm: Tsunami dengan kekuatan 8.9 (paling terbesar dicatatan dalam sejarah) Berlaku di Timor Jepun dengan ombak setinggi 4m telah menyapu bot, kenderaan, bangunan dan sampah sarap berbatu jauh ke darat. Beratus dan melebih ribuan mangsa korban akan tercatit.. Kejadian diburukan  lagi dengan kejadian kebakaran dari penapis minyak disitu.

Dalam tempoh 2 jam sahaja , tsunami besar itu telah menyapu kebanyakan pantai yang hampir dengan pantai di sepanjang 2,100 km itu. Ia merupakan satu kemusnahan yang besar. Tetapi Nuklear Power Plant yang ada di kawasan tersebut adalah selamat.Dari rentetan seterusnya diberitakan ketahanan keselamatan loji2 nuklear ini telah muai membawa masaalah dan kekhuwatiran global.

Di Tokyo, setakat ini 1 korban dilaporkan dengan beberapa kecederaan.Dicatatkan  kesan tsunami itu sampai sejauh 125km. Beberapa tempat yang terdedah dilain-lain negara, turut di berikan amaran awal diletakkan berada berkeadaan berjaga-jaga. Kesan kemusnahan dibanding masa untuk manusia membangunkanya semua itu menunjukkan betapa kuasanya Allah.


tsunami merupakan salah satu dari bencana alam  selain dari banjir, angin ribut, kebakaran. Cabaran yang Allah berikan kepada manusia menuntut kita sentiasa tunduk selaku seorang hamba. Namun sebagai manusia biarlah bersikap redha dan meneruskan kehidupan seperti akan hidup biarpun esok akan kiamat.
 

Nota: Ketinggian gelombang di kawasan dasar yang dalam tidak dirasai sangat kesannya. Bila
 ia sampai dikawasan cetek, yang semakin kurang dari gelombang tersebut, alunan tersebut mula memecah. Gulunganya seakan ia bergulung dengan lidah bersama kelajuannya boleh memusnahkan apa yang dilaluinya.

2 comments:

  1. takut dengar berita pasal tsunami nie...dah ler rumah dekat pantai....huhu...

    ReplyDelete

www.myatiq.blogspot.com