27.4.11

Makhluk UFO berada di dunia kita?

SIBERIA - Pelajar bernama Hilall(18) dan Kirill Vlasov(19)  mengaku membuat objek dari roti basi dan kulit kucing , divideokan ke you tube. Ia menjadi satu dunia heboh dengan menyatakan penjumpaan mereka dengan satu mayat UFO yang terhempas.Video ini menarik perhatian sehingga mendapat 1.5M hits sejak di upload ke youtube pada 17 april tadi. Ia  bersesuaian masa setelah penduduk tempatan melapurkan melihat kelibat cahaya pink dan biru dari sebuah UFO yang jatuh di wilayah tersebut.
Bagaimana pun seorang, ahli UFO tempatan, Alex Komanov dari Russian UFO Research Centre memberi komen 'hairan bila makhluk yang berperadapan itu tidak memakai pakaian semasa divideokan.'

Beberapa kepercayaan manusia kepada keujudan penemuan mayat makhluk dari UFO banyak diperkatakan. Kepercayaan ini lahir dari keyakinan mereka bahawa pihak berwajib dikatakan amat merahsiakan hal ini...'to trick into believing or accepting as genuine something false and often preposterous..’ Ini satu difinasi kalau mahu dikatakan. Ia satu ‘hoax’dimana unsur penipuan itu turut juga mempunyai(selari) fakta yang boleh dipercayai.

Keujudan struktur seperti mayat UFO ini memang telah ada banyak dipertontonkan untuk dikemukan kepada ramai. Terutamanya di blog/website yang membahaskan misterinya. Dan walaupun diketahui ia adalah tidak benar namun hal ini terus dibahaskan sebagai suatu yang benar. Foto dan model yang di olah lanjutan beberapa kejadian sejak di Roswell 1947 tidak terlepas dari disangkakan asli dari tinggalan UFO itu.  Patong lilin di Jepun juga ada yang dijadikan bahan blog/website untuk  bahan yang harus dipercayai. Begitu juga dengan model-model dari bahan perfileman tidak ketinggalan di percayai oleh mereka yang gemarkan fenomena misteri ini.

Benarkah keujudan Makhluk UFO ini.

Kita selain diri kita di kelilingi juga kehidupan  yang berasal dari benda lain seperti golongan jin, syaitan, iblis dan juga para malaikat. Perbezaan kejadiaan menyebabkan kita seperti bersendirian di dunia dalam meneroka alam nyata ini disudut fitrah alam. Pengetahuan dan teknologinya hanya terbatas kepada soal jirim dan jisim yang didalam ruang lingkup putaran dalam memenuhi segala persoalan.

Walau bagaimanapun ilmu Allah itu amat luas dan tiada batasanya. Begitupun dengan segala kejadiaan yang ada terserah kepada Allah untuk sampai kepada penerimaan manusia. Begitulah mengenai benar kah ujudnya UFO dan makhluk lain disana? Ada beberapa penafsiran AlQuran menerangkan kemungkinanya. Terdapat juga beranggapan kejadian itu melibatkan kelebihan jin. Apa yang diketahui sememangnya manusia masih berandai-andai mengenai keujudan perkara ini. Maka itu biarkan sahaja ia suatu bidang ilmu untuk menentukan kebenaranya. 








  

1 comment:

  1. Alien berbogel sebab diorang nih asexual. Agaknya lah... hehe...

    ReplyDelete

www.myatiq.blogspot.com