4.9.12

UNLOCK MODEM KAMU

Pada hari raya lepas..aku mati kutu bila akses tenet merayap macam siput. Adalah, saorang hamba Allah perhatikan aku yang terkodek2. Dia kata 'memang tempat tu tak der line cantik beb!' Adalah.. sembang sikit2 dan kesimpulannya aku kena UNLOCK MODEM BERTUAH tuh dulu.Pas tu aku beli tenet akaun lain..(heh heh SEBENAR NYA AKU PINJAM sim kad kaki tengkar aku lee).Sekejap jer hamba Allah tu buat operasi melalui komputer dia..seterusnya membolehkan aku bertenet dengan modem yang telah di UNLOCK, dengan menggunakan simkad lain dari pembekal asal. ...dari pengalaman itu terfikir juga;kebaikan kalau modem dalam keadaan tidak terkunci hanya pada provider tertentu jer.Lebih baik bawa modem yang bebas dari kalau ia bergari.
+
Di sini aku kongsikan program Most DC Unlocker untuk tujuan tersebut.Ia boleh dipakai pada berbagai jenama modem dan berkeupayaan mengesan modelnya.Plugkan modem yang telah ditukar simkad nya. Bila komputer mendeteknya, tutup dan mulakan program ini. Ikut je langkah2 yang mudah seterusnya. Moga berjaya. Pengguna modem Zte boleh juga menggunakan pramuka/dashboard Conection Manager Generic dan bagi Huawei  ialah Mobile Patner.
Entah kenapa aku jadi teruja mengoogle berkaitan tentang modem. Tertarik dengan beberapa persembahan kaki tenet bereksperimen untuk meningkatkan isyarat ke modem. Ini bermakna meningkatkan kelajuan dan kestabilan bertenet. Salah satu bab ialah penggunaan antena bagi menaikkan satu dua bar isyarat masuk/keluar pada modem . 
Aku turut tengok kiri kanan bermain sama. Setakat yang mudah dijumpa bahanya dan dibuat. Akhir nya tampillah benda kartun yang ditunjukan oleh gambar. Sebuah antena yang mana telah diuji. Aku tidak tahu keberkesanan nya mengikut fakta. Namun aku nampak sememangnya ada kenaikan pada bar modem. Ada beberapa kali  isyarat 3G menjadi HSPA bila antena ini di guna. Cuba jangan tak cuba. 
Cuma cucukkan saja modem tu ke.lubang CD yang akan tersepit diantra USB Hub sebagai penyambung ke komputer.

Tambahkan lagi keupayaan modem dan komputer untuk tujuan membuka seluas2nya pintunya. Ada dua kaedah boleh diguna iaitu secara manual dan menggunakan berbagai software. Salah satu software ialah PGWare Throttle. 

Tingkatkan juga keupayaan komputer menerima lebih bandwidth semaksimanya. :Start>Run(taip:gpedit.msc.Ok)>Administrative Templates>Network>QoS Packet Scheduler>Limit reservable bandwidth>(dalam keadaan biasa/default, nilai-nilai tersebut telah di hadkan)20% ubah Enabled / Bandwidth limit (%)=0

Begitu juga keupayaan modem : Start>Control Panel>Network Connections>Klik Kanan pada koneksi yang diguna>Properties>tanda modem tersebut>Configure>Ubahkan maximum speed dan semua hardware features.
dan port-port yang digunakan:Start>Control Panel>System>Hardware>Device Manager>Ports(COM&LLPT)Biasanya ada dua port disambungkan.Tekan kanan dan >Properties>Port Setting(Pilih Bit per second ke maksima dan pilih Hardware di kotak Flow control.Ulang pada port kedua.
Browser pun ada masalah sendiri dan boleh dioptimakan dengan program yang disediakan oleh pembuatnya.. Seperti browser fire fox gunakan saja program yang dia sediakan`.Contoh  speedyfox.Secara tiorinya kini terserahlah pada kemampuan komputer melakukan sesuatu untuk tujuan mempercepatkan dan menstabilkan tenet.CPU yang baik, memory yang tinggi dsb..selain mengkonfigurasikanya secara berkesan dan jangan lupa untuk mengawal dan membuang  virus2 yang ada.

1 comment:

  1. Jika ada yang tidak mampu untuk membuka modem Anda dengan metode unlocking di atas berarti, coba solutions.Yes alternatif itu unlocking secara online service.If Anda perlu termurah solusi unlocking online berarti kunjungan Unlocking4U.com Ketika saya memiliki situasi yang sama, saya memilih alternatif solutions.So hanya saya sarankan cara ini.

    ReplyDelete

www.myatiq.blogspot.com