22.9.12

KELAHIRAN SEBAGAI ANUGERAH TUHAN

Manusia wujud setelah Adam dicipta dari tanah.Dipasangkan dengan hawa yang dijadikan dari tulang rusuknya. Semenjak itu kedua jasad yang berisikan roh berkehidupan dengan kemuliaan  akal serta bermotivasikan nafsunya. Syaitan terlaknat akibat sikap berburuk sangka dan komited memuliakan dirinya lebih dari manusia, masih mampu memperdayakan kedua ciptaan Allah itu dengan segala tipu dayanya. Kedua manusia ini  dicampakkan ke dunia nyata dan sedia memikul amanah sebagai khalifah. Turut sama ialah  para iblis yang akan sedaya upaya menyesatkan keturunan manusia hingga kiamat kelak.. Begitulah ringkasan dimana dunia terisi dengan manusia yang  terus-terusan berkembang kepada ke setiap incinya alam nyata ini.

Sehingga kini  setiap kelahiran individu  merupakan 'anugerah tuhan' kepada setiap ibu bapa malah pada am nya kepada sekelian alam. Terdapat fakta yang t tidak akan berubah, 'kelahiran itu hasil daripada cantuman sel sperma dari lelaki dan sel ovum dari perempuan'. Cantuman benih antara kedua pasangan berlainan jantina ini secara tidak langsung menyumbang pada penerusan identiti sebagai manusia kepada zigot tersebut.Erti kata lain, sistem pembiakan yang ada pada kedua mereka ini cenderung berkemampuan menghasilkan sel gamet, masing2 mengandungi  nilai perwarisan terdahulu yang diturunkan kegenerasi seterusnya. 

Teknologi genetik semasa; semasa proses kelahiran tabii  dan bayi tabung uji ia memerlukan satu sel obum menerima satu sel sperma  untuk ia berkembang menjadi embrio.Begitu juga pada pengklonan; sel ovum diperlukan sebagai asas pembentukkan embrio setelah digantikan kromosom ovum yang asal dengan  kromosom sel soma asing.Pembentukkan zigot ini akan tertanam/ditanam kedalam rahim sehingga kelahiran. Difahamkan teknologi turut boleh menghasilkan sel sperma atau ovum. Mereka mengambil sel stem menjadi sel germa untuk tujuan tersebut. Maka menggunakan kaedah2 sebegini adalah tidak mustahil akan menjadikan dunia ini semakin menarik kepada manusianya. Ia kian mencabar untuk meletakkan anugerah tuhan  ini sebagai seorang yang bersifat khalifah. Keislaman  dunia ini harus diperjuangkan .

Menerima diri sendiri sebagai lelaki atau wanita dengan sedikit pengorbanan  adalah wajar.Bagaimanapun ketika ini  ada sebahagian mengganggap golongan lelaki dan wanita hanyalah orang2 yang mempunyai ciri-ciri kelakian/kewanitaan samada dari segi sikap/saikologi dan pandanganya semata-mata.Memaksakan badan mengambil hormon ostrogen atau androgen yang akan menambahkan kesan kepada golongan ini menimbulkan lebih kekeliruaan anggapan. Seterusnya langkah menukar alat kelamin secara pembedahan pula diterima sebagai titik permulaan untuk diiktiraf bagi  menuntut hak yang sedia ada  baik dalam perkara masyarakat atau agama. Benarkah kita adil kepada mereka2 yang sedemikian. Yakni mereka yang tergolong sebagai khunsa(Khunsa musykil)dan pondan (mukhannas).


Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-4 yang bersidang pada 13-14 April 1982 difahamkan bahawa pertukaran jantina ini adalah haram disegi syarak. Kecuali  "khunsa musykil" adalah diharuskan pembedahan dilakukan bagi mengekalkan salah satu alat jantina yang benar-benar berfungsi


No comments:

Post a Comment

www.myatiq.blogspot.com