20.2.11

Kelahiran Manusia ada didalam Quran

Pada kurun 7 pengetahuan manusia mengenai kelahiran seorang manusia secara ilmiah amatlah sedikit. Kebanyakkannya berdasarkan persepsi, tahyul dan mitos semata-mata. Namun bila Quran diturunkan  ia membawa perubahan kerana sifatnya adalah panduan yang sesuai untuk manusia disepanjang zaman. Menggali apa yang terkandung tidak akan boleh habis. Pada era kehidupan kita yang banyak dibantu oleh teknologi terkini, adakah persoalan seperti hal kelahiran yang ada pada Quran itu ralevan? Kita sebagai umat Islam perlulah menilainya dan dengan yakin menyatakan YA!

Beberapa aspek mengenai kejadian kita semakin jelas terungkap menepati seperti apa yang didahulukan oleh Quran. Semua itu menolak keadaan kita yang selalu terbabas dengan sikap meletakkan sangkaan lebih utama daripada meletakkan sesuatu dengan beban fakta yang perlu dicari dari hari kehari.


Di sini beberapa penjelasan Al Quran mengenai kejadian manusia dan begitu tepat dan sesuai dengan ilmu pengetahuan semasa.


1. Manusia yang dilahirkan bukan akibat mani itu keseluruhan, tetapi dari sebahgian darinya yakni spermazoa.Maksudnya mani terdiri dari pelbagai kandungan. Salah satunya spermazoa yang membawa sebahgian kromosom. Dari 250 juta hanya 1000 bertahan dan hanya 1 akan tersenyawa.
2. Sel kelamin laki-lakilah yang menentukan jenis kelamin bayi.Ini menolak andaian-andaian lain bila Quran meyatakan jantina sesaorang ditentukan oleh saperma lelaki samada lelaki(Y) atau wanita(X) yang akan tersenyawa dengan telor wanita yang hanya membawa kromosom X sahaja.Memasangkan balik sama ada XY(lelaki) atau XX(perempuan) dengan pengkadaran maha adil 1:1 Janin manusia melekat pada rahim sang ibu bagaikan lintah.Disini Al Quran menjelaskan keadaan proses berasingan antara anak dan ibu danperkembangan penggunaan uri sehaja.
4. Manusia berkembang di tiga kawasan yang gelap di dalam rahim. 3 Proses yang ada diterima pakai oleh para ilmuan ia itu peringkat sehingga persenyawaan dan perkembangan pre embrionok. Seterusnya menjadi lengkap dengan saiz yang kecil yakni tahap embrionik sehinggalah ke tahap fetus dari bulan keempat hingga lah waktu kelahiran.


Nota ini amat rengkas.Anda perlu merujuk lain-lain sumber. Apa yang ingin disampaikan ialah orang Islam perlu lah menjadikan Al Quran sebagai panduan semua hal kerana ia sesuai disepanjang zaman hingga kiamat. Amat jauh larinya sekiranya hanya/melebihkan untuk sesuatu perkara sahaja.

2 comments:

  1. Assalammualaikum..blog yg berinformasi.
    Terima kasih folo blog saya.
    http://inanazir.blogspot.com

    ReplyDelete

www.myatiq.blogspot.com